Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H
12 September 2026
05:48
05:58
01:12
04:14
07:16
08:25

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

TAZKIRAH 16

Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;

1. Baca doa berikut:


“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi
3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.


Inilah amalan yang diterima oleh syarak.

TAZKIRAH 15

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.

Sabda Rasullullah:

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."



Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

TAZKIRAH 14

Luqman pernah berkata kepada anaknya:

"Apabila perutmu penuh dengan makanan, akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu."

"Semua anggota badan akan menjadi malas untuk beribadah dan akan hilang kebersihan hati."

Katanya lagi : "Ikutlah mereka yang membawa jenazah dan kurangkan mengikuti jamuan perkahwinan kerana jenazah itu dapat mengingatkan kamu akan kesudahan daripada hidupmu di dunia ini.Majlis perkahwinan pula akan membangkitkan nafsu berahi dan menjadikan kamu senang dengan kehidupan dunia."

Luqman berkata : "Aku sudah memikul batu yang besar dan aku juga sudah mengangkat besi yang berat tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya”

"Aku sudah rasa kepahitan, tetapi aku belum pernah rasa sesuatu yang lebih pahit daripada kemiskinan dan kehinaan.

"Aku sudah pernah mengalami penderitaan dan pelbagai kesusahan dan kepayahan, tetapi aku belum pernah mengalami penderitaan yang lebih susah dan lebih payah daripada menanggung hutang."

TAZKIRAH 13

Ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang ke mana-mana. Seterusnya, semua urusan menjadi kacau-bilau serta kecemasan dan kedukaan anda akan menjadi lebih banyak.

Inilah makna sabda Rasullullah S.A.W:

“ Bila engkau berada pada pagi hari, jangan tunggu datangnya petang hari..
   Bila engkau berada pada petang hari, janganlah menunggu datangnya waktu pagi.”

TAZKIRAH 12

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.