Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H
12 September 2026
05:48
05:58
01:12
04:14
07:16
08:25

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

w3c

 

   Laman Portal Masjid WPKL ada menyediakan kemudahan untuk membantu mereka  yang  memerlukan  sedikit  ubahsuai  kepada  kandungan portal  ini supaya dapat dibaca dalam keadaan  yang terbaik. Ini untuk memenuhi matlamat W3C: Web Accessibility Initiative(WAI)  yang  mana untuk menjadikan laman web boleh dicapai oleh Orang Kurang Upaya(OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian.

 

     Antara kemudahan yang disediakan pada masa ini ialah :

1. Text Resizer - Resize saiz fon jika anda memerlukannya lebih besar atau lebih kecil untuk memudahkan bacaan anda. Anda boleh mencari ia di bahagian kanan atas banner kami.

2. Pemilihan warna - Tukar warna tema portal untuk membuat ia lebih jelas bagi orang -orang yang mempunyai penglihatan buta warna. Anda boleh mencari ia di bahagian kanan banner (berhampiran Resizer teks).

3. Text Reader - Baca teks di laman web ini, terutamanya ucapan, berita, dan beberapa kandungan lain. Pembaca teks secara automatik dan komputer yang dijana ucapan akan dihasilkan supaya orang-orang yang mempunyai masalah membaca kandungan kami masih boleh mendapatkan apabila mereka mendengar.

  Gunakan pembaca teks pihak ketiga seperti Teks Ucapan, Speakonia, ReadPlease dan 
lain-   lain.

PENGAJIAN SYARIAH

Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan Program Pengajian Separuh Masa SIJIL PENGAJIAN SYARIAH. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya dan Masjid Wilayah. Sehubungan dengan itu Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk menyertai pengajian tersebut. Maklumat pengajian adalah seperti berikut:

SIJIL PENGAJIAN SYARIAH (SPS)

Pengenalan dan Objektif
Kursus persijilan ini ditawarkan kepada seluruh masyarakat awam yang berminat untuk mendalami ilmu syariah sebagai bekalan perjalanan hidup. Kursus ini disusun dengan mengutamakan asas-asas kefahaman islam, konsep dan seterusnya kepada hukum-hakam yang berkaitan dengan kehidupan seharian.masjid

Kelayakan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Atau yang setaraf dengannya.
Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan

Warganegara Malaysia

Masa dan Tempoh
Kuliah akan diadakan seperti berikut:
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Seminar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Anjung C, Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur
*kursus bagi setiap modul dijalankan selama 32 jam (4 Bulan)

Yuran Pengajian
Yuran pengajian dikenakan sebanyak RM300/Modul (tertakluk kepada perubahan semasa)
*nota kursus disediakan

Modul Pengajian

MODUL 2
- Sistem ibadat Islam
- Siatem kekeluargaan Islam
- Siatem jenayah dalam Islam
- Sistem muamalat Islam


* SIJIL PENGAJIAN AKAN DIKELUARKAN OLEH UNIVERSITI MALAYA
* SURAT TAWARAN AKAN DIKELUARKAN OLEH UNIVERSITI MALAYA
* MAKAN DAN MINUM DISEDIAKAN
 


* Tuan/Puan/ Encik/Puan dijemput untuk menyertai kelas pengajian tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi

  • ditalian 03-62018767.
  • Mohd Nashriq Bin Mohd Sabaruddin samb. 139

Klik Disini Muat Turun Borang

PRINSIP ASAS MUNAKAHAT

TAKRIF NIKAH

Bahasa    : himpun, kumpul dan cantum

Istilah       : suatu perjanjian (akad) yang menghalalkan pergaulan antara

                    lelaki dan wanita yang diharuskan berkahwin menurut hukum

                    Syara’

Perkhidmatan Wi-Fi

 

 bunting wifi 3 012484

 

Internet kini menjadi salah satu medium yang amat penting untuk berkomunikasi sama ada jarak jauh atau dekat. Penghantaran dan penyemakan dokumen-dokumen kerja, tugasan belajar dan emel menjadi rutin harian yang kadangkala terpaksa dilakukan diluar rumah atau pejabat.

Selaras dengan itu, Masjid Wilayah persekutuan kini menyediakan kemudahan “WIFI” kepada semua pengunjung. kemudahan ini disediakan kepada pengunjung bagi membolehkan sesetengah kerja harian boleh dilakukan di masjid.

Kemudahan ini telah diberikan oleh Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA),JAKIM.Kemudahan ini dikawal selia oleh unit ICT Masjid wilayah Persekutuan

Para pengunjung boleh mendapatkan kemudahan ini disekitar Anjung A,Anjung B, Anjung C, dan Anjung D, dan Bilik Mesyuarat Al-Khawarizmi yang terletak di Aras 2 serta di Dewan Solat Aras 3 dan juga Perpustakaan. Terdapat “SSID” yang digunakan iaitu “Mwpkl_Public1” , “Mwpkl_Public2”, “Mwpkl_Public3” , “Mwpkl_Public4” dan “perpustakaan”. Kemudahan “WIFI” ini telah diprogram tanpa kata laluan bagi memudahkan para pengunjung menggunakannya.

 

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.