Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H
12 September 2026
05:48
05:58
01:12
04:14
07:16
08:25

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Lawatan Ke Rumah Anak Yatim di Klang

Lawatan ke  Rumah Anak Yatim dan Miskin  Al-Munirah yang terletak di Jalan Johan Setia, Klang, Selangor. Program lawatan tersebut telah disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri dari kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan.  Lawatan ini telah diadakan pada 18 Mac 2009.
Kakitangan Masjid Wilayah Persekutuan yang terlibat telah bertindak sebagai urusetia bagi menjayakan program dan acara sukaneka yang telah dirancang khas untuk penghuni rumah anak yatim tersebut.  Imam Besar MWP Yg. Bhg. Tuan Haji Abdul Malik bin Salleh juga turut hadir bagi memberi ucapan dan  menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukaneka pada majlis perasmian penutup yang telah diadakan pada penghujung sesi lawatan. Insyaalah pihak masjid akan mengadakan beberapa lagi lawatan ke rumah anak-anak yatim bagi member sumbangan dan bantuan dari segi emosi serta kewangan agar mereka dapat merasai kasih saying dari semua makhluk Allah S.W.T.

Lawatan Mahabbah Ke Hospital Selayang

 Lawatan Mahabbah Bil Hal Ke Hospital Selayang telah dianjurkan oleh Cawangan Khidmat Sosial & Kebajikan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Turut menyertai rombongan tersebut ialah wakil Dewan Pemuda Masjid Malaysia  pada 21 Januari 2010. Lawatan ini disambut oleh Timbalan Pengarah Hospital Selayang dan Majlis Penyerahan Sumbangan kepada pesakit seramai 80 orang telah disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Timbalan Pengarah Hospital Selayang sedang memberi ucapan sambil mengalu-alukan kedatangan ahli rombongan dan mengucapkan ribuan terima kasihkerana sudi memberi sumbangan.

Lawatan ke Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja ( KEWAJA )

22.12.2010

Unit Kebajikan dan Sosial Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Sehari Disayangi bersama Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja ( KEWAJA ) yang terletak di Batu Caves Selangor. Rombongan dari Masjid Wilayah Persekutuan yang diketuai  oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar MWP  telah disambut oleh  Encik  Yahya bin Mohamad Yusof, Pengerusi KEWAJA. Program berbentuk ceramah motivasi dari  penceramah jemputan  telah diatur bagi mengisi  program  tersebut.  Yg. Bhg. Imam Besar juga telah turut sudi meyampaikan sumbangan kepada 80 orang penghuni pusat sebelum program  berakhir.

Lawatan dari Sekolah Menengah Agama Pokok Sena Kedah

22.12.2010

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan dari Sekolah Menengah Agama Pokok Sena Kedah. Taklimat lawatan kepada rombongan seramai  80 orang yang terdiri dari guru pengiring dan pelajar  telah diadakan di dewan jamuan muslimat. Taklimat disampaikan oleh Hj Oslan Affandi bin Abdullah Penolong Pengarah Unit Kebajikan dan Sosial MWP.

Lawatan ke Rumah Nur Salam & Rumah Sinar Salam

Program Sehari Disayangi ke Rumah Nur Salam & Rumah Sinar Salam anjuran Unit Kebajikan dan Sosial Masjid Wilayah Persekutuan telah diadakan pada 16 Disember 2010. Program ke Rumah Nur Salam yang terletak di Jalan Chow Kit telah disertai oleh Yg. Bhg. Tuan Haji Zakaria b Isa, Imam Besar MWP  yang turut meyampaikan bantuan berupa beg dan barang keperluan  sekolah kepada penghuni rumah tersebut.. Pada sebelah petang pula Program diteruskan ke Rumah Sinar Salam yang terletak di Lorong Haji Taib Kuala Lumpur. Program diteruskan dengan sesi ceramah dan penyerahan bantuan berupa telekung dan barangan keperluan harian  telah disampaikan oleh Ustazah Norhafizah bt Selamat  koordinator bagi program tersebut.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.