Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H
12 September 2026
05:48
05:58
01:12
04:14
07:16
08:25

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Lawatan dari Masjid Al-Ikhlas, Banda Acheh, Republik Indonesia

28.3.2012

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan dari Masjid Al-Ikhlas, Banda Acheh, Republik Indonesia yang diketuai oleh H. Syamsuir Ketua Badan Kemakmuran Masjid Al-Ikhlas, Banda Acheh. Rombongan seramai 10 orang pelawat tersebut telah disambut oleh pegawai-pegawai Masjid Wilayah Persekutuan bersama-sama kakitangan Dewan Pemuda Masjid Malaysia yang diketuai oleh Yg.Bhg. Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Zakariah bin Isa bertempat di Dewan Jamuan Muslimat MWP.

 

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,JPM membuat lawatan kerja ke Masjid Wilayah Persekutuan

26.3.2012

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan,Yg.Bhg. Datuk Othman bin Haji Mahmood telah mengadakan satu lawatan kerja ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk meninjau kerja-kerja menaiktaraf struktur bangunan dan kemudahan Masjid Wilayah Persekutuan oleh pihak Jabatan Kerja Raya.Turut hadir mengiringi beliau pada sesi lawatan tersebut ialah Yg.Bhg. Dato’ Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM.

Lawatan Dari Kumpulan Pelancong Amerika Syarikat

9.2.2012

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan dari kumpulan pelancong dari Amerika Syarikat seramai 14 orang terdiri dari lelaki dan wanita. Kumpulan pelancong tersebut telah dibawa melawat sekitar kawasan masjid dan mereka turut diberi penerangan tentang islam oleh para sukarelawan masjid.

 

Lawatan Rasmi dari pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Pahang

16.2.2012

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan rasmi dari pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Pahang seramai 20 orang. Rombongan telah disambut oleh pegawai-pegawai Masjid Wilayah Persekutuan diketuai oleh Yg.Bhg. Imam Besar MWP Tuan Hj. Zakariah bin Isa bertempat di bilik mesyuarat Al-Khawarizmi. Taklimat rasmi telah disampaikan oleh Ustaz Oslan bin Affendi, Penolong Pengarah Kebajikan dan Sosial MWP.

Lawatan pelajar-pelajar dari Negara Korea

19.1.2012

Lawatan pelajar-pelajar dari Negara Korea ke Masjid Wilayah Persekutuan seramai 20 orang ahli. Rombongan tersebut telah disambut oleh pegawai-pegawai  Masjid Wilayah Persekutuan bersama-sama dengan para sukarelawan Mosque Tour Programme bertempat di Anjung C.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.