Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H
12 September 2026
05:48
05:58
01:12
04:14
07:16
08:25

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Lawatan Mahabbah Bil-Hal Bil 1 Ke Hospital Kuala Lumpur

26.2.2013

Cawangan Kebajikan dan Sosial Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Lawatan Mahabbah Bil-Hal Bil 1 Ke Hospital Kuala Lumpur disertai seramai 12 orang pegawai dan kakitangan bersama-sama dengan 2  wakil ahli Jawatankuasa Pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan. Ketibaan rombongan telah disambut oleh pihak pentadbiran Hospital Kuala Lumpur bertempat di lobi utama  dan rombongan dibawa melawat pesakit-pesakit di 2 buah wad terpilih. Pesakit-pesakit yang dilawati telah diberikan sumbangan yang  disampaikan oleh pegawai dan wakil AJK pentadbiran Masjid Wilayah Persekutuan

Lawatan dari sukarelawan pamandu pelancong muzium

19.2.2013

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan dari sukarelawan pamandu pelancong muzium yang terdiri dari 20 orang pelawat. Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh sukarelawan pemandu pelancong MWPKL bertempat di Dewan Jamuan dan para pelawat seterusnya dibawa melawat sekitar kawasan masjid sebelum sesi lawatan berakhir.

Lawatan dari Kedutaan Itali di Malaysia

8.2.2013

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan dari Kedutaan Itali di Malaysia yang terdiri dari 10 orang pelawat. Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh sukarelawan pemandu pelancong MWPKL bertempat di Dewan Jamuan dan para pelawat seterusnya dibawa melawat sekitar kawasan masjid sebelum sesi lawatan berakhir

Lawatan dari Masjid Bangkok di Thailand

23.1.2013

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan dari Masjid Bangkok di Thailand yang terdiri dari 7 orang pelawat bertempat di Dewan Muslimin MWPKL. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yg.Bhg. Imam Besar Tuan Hj. Zakariah bin Isa, manakala taklimat ringkas disampaikan oleh Ustaz Oslan Affendi bin Abdullah, Penolong Pengarah Cawangan Sosial dan Kebajikan MWPKL.

Lawatan dari pelajar-pelajar Universiti Griffith Brisbane

8.1.2013

Masjid Wilayah Persekutuan telah menerima lawatan dari pelajar-pelajar Universiti Griffith Brisbane Australia yang terdiri seramai 15 orang. Majlis taklimat lawatan ringkas oleh Dr.Mansur, sukarelawan Mosque Tour Programme MWPKL bertempat di dewan jamuan muslimin. Rombongan juga telah dibawa melawat sekitar kawasan masjid diiringi oleh pegawai-pegawai cawangan Kebajikan dan Sosial MWPKL.  

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.