Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H
12 September 2026
05:48
05:58
01:12
04:14
07:16
08:25

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Lawatan Mahabah Bil Hal Ke Hospital Kajang

9.9.2014

Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Lawatan Mahabah Bil Hal Ke Hospital Kajang Selangor. Rombongan lawatan diketuai oleh Tuan Hj. Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL bersama-sama pegawai dan kakitangan MWPKL. Rombongan telah disambut dan diberi taklimat lawatan oleh Dr Md.Fikri bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah (Perubatan) Hospital Kajang sebelum acara diteruskan dengan menyampaikan saguhati kepada pesakit-pesakit yang berada di wad-wad terpilih.

Lawatan Mahabah Bil Hal Siri ke 2 / 2014 ke Hospital Serdang.

18.6.2014

Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan Mahabah Bil Hal Siri ke 2 / 2014 ke Hospital Serdang. Rombongan lawatan diketuai oleh Tuan Hj. Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL bersama-sama pegawai dan kakitangan MWPKL. Turut hadir menyertai lawatan tersebut ialah Tuan Hj. Ahmad Naza bin Salleh, Ahli Jawatankuasa Pentadbiran MWPKL

Lawatan dari Wanita Pertama Albania

23.4.2014

Lawatan dari  Wanita Pertama  Albania, Odeta Nishani ke Masjid Wilayah Persekutuan.

Lawatan dari pihak Kedutaan Itali ke Masjid Wilayah Persekutuan.

13.4.2014

Lawatan dari pihak Kedutaan Itali ke Masjid Wilayah Persekutuan.

Lawatan Rasmi Dari Masjid Kariah Teriang Kuala Klawang Negeri Sembilan

5.3.2014

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  telah menerima lawatan rasmi dari Masjid Kariah Teriang Kuala Klawang Negeri Sembilan. Rombongan yang diketuai oleh Tuan Hj.Mahadi Abdul Rahman, Nazir Masjid Kariah Teriang Kuala Klawang  telah disambut oleh pegawai-pegawai dari cawangan Kebajikan dan Sosial MWPKL bertempat di Anjung B dan diiringi ke Dewan Muslimat bagi sesi taklimat lawatan. Yg.Bhg. Tuan Hj. Zakariah bin Isa turut hadir pada majlis tersebut bagi menyampaikan ucapan aluan kepada pihak rombongan.

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.