Sabtu, 30 Rabiul Awal 1448H
12 September 2026
05:48
05:58
01:12
04:14
07:16
08:25

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

TOKOH-TOKOH ISLAM

TOKOH - TOKOH SAINTIS ISLAM

 



TOKOH - TOKOH SAINTIS ISLAM

AL-MAS'UDI

 
Abu al – Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al – Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al – Hasyn b. 'Abdullah al – Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas'udi and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau beliau berusia 20 tahun.

SUMBANGAN AL-MAS'UDI


1. Bidang Ilmu Geografi

Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain.


Pertama kali beliau menyebut tentang kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam.


Menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran  iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Contohnya :

i. Beliau berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi oleh venus ( Status),   iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal ( Jupiter ), dan iklim ketujuh dipengaruhi   oleh bulan.


ii. Matahari dan bulan dikaitkan dengan nasib atau jalan hidup orang dari Utara  

yang menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam peperangan. Manakala orang   di Selatan memiliki sifat lebih tafakur.

iii. Terdapat pembahagian dunia kepada dua iaitu bahagian Barat yang mempunyai  

 garis lintang tinggi, dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan

panjang umur. Manakala bahagian Timur mempunyai garis lintang pertengahan.  


Beliau juga cuba menerangkan kaitan antara faktor-faktor " Di Bumi Nyata " dengan sikap dan kehidupan manusia. Menbuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya.


Mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu berhampiran tepi laut Combay. Contoh kajiannya iaitu gajah, burung kakak tua, burung merak, buah oren, kelapa, dan sebagainya.

 

2.Bidang Ilmu Pelayaran

Beliau membuat catatan penting terhadap peristiwa pelayaran dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang amat besar dalam ilmu pelayaran Islam.


Beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa pelayaran dijalankan. Contohnya :

i. Beliau membuat gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke laut China.

ii. Penemuan sungai pertama iaitu Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah.

iii. Penamuan bandar-bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan.


Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H.Beliau menerangkan kepada  ahli pelaut yang mengatakan setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain. Sebagai contoh: laut Hindi, laut China, laut Parsi, laut Rom,dan laut Syiria adalah tidak berasingan.


Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam.


Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan
China adalah setengah lingkungan bumi.


TOKOH - TOKOH SAINTIS ISLAM


JABIR IBNU HAYYAN ( 750 – 803 m )

Jabir Ibnu Hayyan adalah seorang tabib Arab yang terkemuka di dunia. Beliau hidup pada awal pemerintahan Abbasiyah ( akhir abad kelapan dan awal abad kesembilan ). Beliau adalah salah seorang pakar kimia yang berasal dari Kufah ( Iraq)  Nama penuh beliau ialah Abu Musa Al Asadi Al Tusi dikenali juga dengan gelaran Al Harani dan merupakan seorang ahli falsafah dan kimia tua.
Beliau hidup di zaman Khalifah Harun Al Rasyid sebagai teman dan anak murid kepada Imam Syiah ke enam, Imam Ja’afar Al Siddiq. Beliau kemudian menetap di Baghdad dan meninggal dunia pada abad ke lapan Masihi. Diriwayatkan juga beliau merupakan anak murid kepada Khalid bin Yazid b. Muawiyah. Beliau kurang dikenali dan kurang bergaul dan sifatnya ini membolehkannya menumpukan perhatian terhadap kajiannya.  
Di kalangan orang Barat, beliau lebih dikenali sebagai Gaber bin Hayyan. Ada pendapat mengatakan beliau dinamakan Gaber (penampung) kerana memperbaiki ilmu kimia iaitu memindahkan ilmu kimia tua kepada bentuk ilmu kimia moden. Beliau digelar mahaguru kimia Arab dan Gaidaki berpendapat bahawa Gaber telah berjaya membongkar rahsia yang membolehkan sisa-sisa galian ditukar kepada bentuk emas. Beliau juga telah mengembangkan falsafah Greek tua yang bergantung kepada empat unsur kepada cuma dua unsur iaitu gas dan cecair yang berasal dari sulfur dan raksa.  
 


SUMBANGAN TOKOH

Jabir telah berjaya menghasilkan lebih kurang 190 karya yang mengandungi dua senarai. Senarai pertama mengandungi  sebanyak 112 buah, manakala senarai kedua pula sebanyak 70 karya yang merangkumi perbahasannya dari sudut falsafah, kimia, kedoktoran, dan alam semulajadi. Di antara karya beliau yang terkenal ialah Al-Malik Al-Rahmat, Al-Tajmi, Al-Asrar, kitab Al-Sab'in, kitab Al-mizan, kitab Al-Kimia. Kitab Al-Kimia dan  Al-Sab'in telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin. Pada tahun 1444,  ' Robert Chester ' adalah orang Inggeris pertama telah menerbit dan menterjemahkan kitab Al-Kimia ke dalam bahasa Inggeris, yang berjudul " The Book of The Composition of Alchemy ". Buku kedua kitab Al-Sab'in, juga telah diterjemahkan oleh ' Gerard Cremona '. ' Berthlot' juga salah seorang penterjemah hasil karya Jabir di antaranya berjudul " Book of Kingdom ", " Book of The Balances ", " Book of Eastern Mercury ",. Kemudian pada tahun 1678, telah muncul pula ' Richard Russel ' menterjemah karya Jabir yang berjudul " Sum of  Prefection ". Richard Russel amat berbeza daripada penterjemah-penterjemah yang lain kerana beliau adalah orang pertama yang telah menggelar dan memanggil Jabir dengan gelaran " Al- Geber ". Bukan setakat itu sahaja, malah beliau turut memuji Jabir sebagai seorang tabib Arab dan ahli falsafah yang terkenal. Oleh itu buku terjemahan beliau menjadi terkenal, laris, dan popular di kalangan orang Eropah selama beberapa abad lamanya.  


TOKOH-TOKOH SAINTIS ISLAM
 
AL-KHAWARIZMI & SUMBANGAN

 
LATAR BELAKANG TOKOH
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad.



PENDIDIKAN
 
            Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

 
            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad.


            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.


            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

 

 PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

 
Gelaran Al-Khawarizmi

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan.  Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism.  Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

 
Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup di dunia ini.

 

Hasil Karya Al-Khawarizmi

 

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.
‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai algebra.
Al-Amal bi’ Usturlab’
Al-Tarikh
Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
 

Ketokohan al-Khawarizmi

 
Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-Khawarizmi dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.  Namun bidang matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan kajian yang dikaji.

 
            Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.  Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam.  Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

 
            Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.  Antaranya ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam geometri.  Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-khawarizmi sendiri.

 
            Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

 
            Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

 
            Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

 

Peribadi al-Khawarizmi

 
Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.  Al-Khawarizmi telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui oleh orang Barat.  Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....”  Maka temasuklah al-Khawarizmi itu sendiri.


            Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains’.  Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang Islam.

 
Strategi Pengislaman Sains Matematik

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut undang-undang Islam.

 

Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan kegiatan matematik.  Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

 

Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.  Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi Institusi.  Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

 

 Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai murni.  Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.

 

Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik dan lain-lain.

 

Geometri

Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat ruang.  Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].  Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam kurun ke6SM.  Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

 

Algebra/aljabar

Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12.  sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M.  Sebelum ini tak ada istilah aljabar.


TOKOH-TOKOH SAINTIS ISLAM
 
IBNU BAJJAH & SUMBANGAN

 
BIOGRAFI
 

Salah seorang dari mereka ialah Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti  atau dikenali sebagai Ibn Bajjah .Beliau berasal dari keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang emas.Tetapi di Barat ia di kenali sebagai dengan nama Avempace .Beliau dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 Masihi(M) .

 
Ibn bajjah merupakan merupakan di antara cendiakawan yang dapat menguasai pelbagai ilmu yang dipelajarinya.di antaranya ialah :

1.       Ahli hafiz Al-Quran

2.      Bidang kedoktoran

3.      Seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal

4.      Menguasai ilmu matematik,,fizik dan , falak

5.      Bidang falsafah

 

RENTETAN KEHIDUPAN

Selain di dalam bidang ilmu dan falsafah yang diceburi oleh Ibn Bajjah, beliau juga turut melibatkan diri di dalam bidang politik .Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaiati di  Saragoassa  apabila dia  mula bergiat sebagsai penyair bagi pihak al-Murabithun yang dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ ,Ibn Bajjah dilantik sebagai menteri .


Pada tahun 1118 M,( 512 H ) Saragossa dapat ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal dari Aragon ,maka Ibn Bajjah pun berpindah ke Seville .Di dalam perjalanannya ke Seville dia singgah di Valencia . Di Seville Ibn Bajjah menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan banyak menulis tentang ilmu logik

 
Kemudian Ibn Bajjah berpindah ke Granada ,dan dari sana beliau berpindah ke Afrika Utara ,iaitu pusat Dinasti Murabithun .Tetapi oleh kerana cara pemikiran falsafahnya asing di kalangan masyarakat di situ ,beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah iaitu di Maghribi oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan pembawa bid’ah .Oleh kerana Ibn Rusyd pernah menjadi muridnya Ibn Bajjah dilepaskan.

 
Ekoran dari kejadian tersebut ,ia meneruskan perjalanannya ke Fez di Morocco. Di sana ,beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibn Yusuf Ibn Tasifin untuk jangka waktu yang panjang .

 
Kedudukan yang beliau perolehi , telah menimbulkan rasa dengki dan iri hati dari pelbagai pihak .Akhirnya pada bulan Ramadhan pada tahun 1138 M( 533 H) . Menurut satu riwayat  beliau meninggal dunia akibat  diracuni oleh seorang doktor , yang bernama Abu al-‘ala Ibn Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmu yang terdapat pada Ibn Bajjah .Beliau dimakamkan di samping makam Ibn ‘Arabi di Fez .

 
Beliau mempunyai dua orang pengikut yang kebanyakan maklumat mengenai latar belakang kehidupannya banyak diperolehi daripada kedua orang ini. Dua orang pengikutnya ialah :

 

Abu Hasan Ali Bin Abdul Aziz bin al-Iman
Ibnu Tufail
 

KARYA-KARYA IBN BAJJAH
 

Ibn Bajjah banyak mengahasilkan karya di dalam pelbagai bidang .Karya-karya yang dihasilkan lebih kurang 31 karya .Karya asal Ibn Bajjah ditulis di dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa Hebrew dan Bahasa Latin. Manuskrip –manuskrip asal dan terjemahannya ada tersimpan di dalam perpustakaan Bodlein MS.Pococke 206 ,Perpustakaan Berlin MS.5060 dan di perpustakaan Escurial ( Sepanyol )MS.612 .

 
Di antara karya-karyanya yang terpenting ialah :

Risalah al-wida’
Ia mengandungi tentang ketuhanan ,kewujudan manusia ,alam ,serta huraian mengenai kedoktoran dan perubatan .Buku ini terletak di perpustakaan Bodlein.

 

·         Risalah Tadbir al-Mutawahhid

Ia mengandungi tentang pandangan beliau dalam bidang politik dan falsafah.Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang disebut Mutawahhid .Kandungan buku ini seperti buku al-Madinah al-Fadhilah ,karangan al-Farabi .Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol setelah wafatnya Ibn Bajjah.

 

·         Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan

Ia mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia  serta huraian mengenainya.

 

·         Kitab an-Nafs

Ia mengandungi  yang berkaitan tentang persoalan yang berkaitan tentang jiwa manusia dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi dari kewujudan manusia (kebahagiaaan ) .Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah Yunani ,oleh sebab itulah Ibn Bajajh banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil tulisan Aristotle ,Galenos ,al-Farabi ,dan al-Razi.


·         Komentar tentang ilmu Logik al-Farabi

Sampai sekarang masih ia tersimpan di perpustakaan Escurial     (Spanyol )

 
Beberapa ulasan terhadap buku falsafah hasil karya Aristotle ,al-Farabi ,Porphyrius dan sebagainya .
Menurut Carra dew Vaux ,di perpustakaan Berlin terdapat 24 risalah manuskrip karangan Ibn Bajjah .Di antaranya ialah Tardiyyah( syair-syair )

 

Risalah al-Akhlaq
Kitab al-Nabat
Risalah al-Ghayah al-Insaniyyah
 


            Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat ,sesuai denagn kedudukan dan penghormatan yang telah diberikan kepada beliau sepanjang kehidupannaya serta tokoh falsafah Islam yang pertama di Andalusia .Menurut Ibn Khaldun ,kedudukan Ibn Bajjah adalah setaraf dengan Ibn Rusyd (Averroes ) ,Ibnu Sina (Avincenna) dan al-Farabi .


Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui kerana sebahagian besar karya tulisannya telah musnah .Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropah ,

 
Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya .sebagai contoh ,beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial ,sebelum para sarjana barat berbuat demikian .Begitu juga konsep madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara tak langsung .


            Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia .
 


TOKOH-TOKOH SAINTIS ISLAM
 
IBN AL-NAFIS & SUMBANGAN

 
LATAR BELAKANG
 

Nama penuh Ibnu al-Nafis ialah ‘Ala’uddin abu al-Hasan ali ibn abi al-Hazam al-Qrasyi, seorang Arab berketurunan Quraisy.Beliau telah dilahirkan di pinggir Bandar Damsyik pada tahun 607H(1210M).

 

 Di situlah kemudiannya beliau hidup dan berguru dengan ahli perubatan, termasuk al-Syiekh Radhiuddin Abu al-Hajjaj Yusuf Ibn Hidrah al-Rahibi. Antara guru beliau yang lain dalam bidang perubatan ini termasuklah al-Hakim Muhazzibuddin Abu Muhammad Abdul Rahim ibn Ali al-Dakhwar dan ‘Imran al-Isra’ili.

 

Ibnu a-Nafis ialah rakan sepengajian dengan Maufiquddin qabu AL-Abbas Ahmad Iibnal-Qasim yang terkenal dengan nama Ibn Abi Usaiba’ah, penulis buku yang masyhur yang menceritakan tentang kedudukan dan kesarjanaan para ahli perubatan.Mereka kemudiannya berpindah ke Kaherah dan sama-sama bekerja di al-Nasiri. Di hospital inilah Ibn al-Nafis telah mencapai kemajuan menjadi ketua hospital berkenaan, sementara Ibn Abi Usaiba’ah menumpukan perubatannya kepada perubatan mata. Beliau telah menetap di Kaherah sehingga beliau meninggal dunia pada 686 H(1288 M)sewaktu umur beliau 80 tahun.

 

Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibn al-Nafis tetap mendalami ilmu-ilmu bahasa, fiqh, falsafah dan ilmu kalam. Dalam bidang perubatan, ada orang yang menyamakan beliau dengan Ibnu Sina. Malahan ada juga orang yang berpendapat bahawa beliau adalah lebih serlah dan terkemuka di dalam para sarjana islam yang ada.

 

SUMBANGAN
 

Dalam bidang perubatan, secara khususnya Ibnu al-Nafis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang pembedahan. Penemuan sistem peredaran darah kecil juga telah membuatkan Ibnu al-Nafis terkenalsebagai tokoh sarjana islam yang terkenal.  Selain itu juga Ibnu al-Nafis juga melancarkan kempen memerangi wabak. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah membina sebuah hospital.

 

i) Bidang Pembedahan
 

Dalam bidang pembedahan, beliau sangat berminat dengan pembedahan jantung dan kerongkong, kerana kerana beliau telah percaya pada wujudnya pertalian yang rapat antara pernafasan dan denyutan jantung.

 

            Bagi memajukan lagi bidang pembedahan ini, Ibnu al-Nafis menasihatkan supaya pembedahan perbandingan dibuat dengan melakukannya ke atas binatang. Menurut beliau, langkah seperti ini boleh membantu kita memahami dengan lebih mendalam tentang tubuh manusia dan fungsi semua organ yang terdapat dalam tubuh manusia.

            

ii) Memerangi Wabak.

 

 Ibnu al-Nafis bersama doktor-doktor Mesir yang lain melancarkan kempen memerangi wabak yang tidak mengenal mangsa sama ada kanak-kanak mahupun kaum dewasa. Wabak ini merebak selama enam bulan dan akhirnya ia berjaya dikawal oleh Ibnu al-Nafis. Dengan kejayaan ini Ibnu al-Nafis telah digelar al-Misri oleh penduduk di negara Mesir.

 

iii) Penemuan Sistem Peredaran Darah Kecil.

 

Perkara baru yang terpenting yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis dalam syarahnya dalam kitab anatomi ibn Sina ini ialah teori tentang peredaran darah ialah pergerakan darah iaitu pergerakan darah dalamkitaran. Peredaran darah ini dikenali pada zaman sekarang sebagai ‘sistem sirkulasi pulmonari’.

 

            Orang zaman dahulu mempercayai bahawa darah bergerak daripada jantung ke dalam jasad menerusi pembuluh dan saluran darah mengikuti denyutan nadi. Kemudian datang Galen iaitu sarjana perubatan Yunani yang mengatakan bahawa darah tersebar ke dalam badan daripada jantung menerusi pergerakan seperti alunan ombak melalui arteri itu sendiri.

                                                                                                  

Para doktor aliran Iskandariah merujuk semula kepada teori perubatan Mesir kuno. Ibnu Sina mengikuti teori doktor Yunani iaitu Galen tentang peredaran darah. Ibnu al-Nafis pula dalam syarahannya dalam kitab anatomi Ibnu Sina mangesahkan pendapat ini. Menurut Ibnu al-Nafis ruang jantung mempunyai dia sahaja tidak seperti yang didakwa oleh Ibnu   Sina .

 

Katanya, aliran edaran darah ialah daripada ventrikal kanan kepada paru-paru. Dalam paru-paru, uadara bertemu dengan darah. Darah itu kemudiannya meninggalkan paru-paru dengan mengikuti arteri paru-paru lalu masuk ke dalam ventrikal kiri dalam jantungm dari sini, darah disebar keseluruh badan.

 

Pendapat yang diajukan oleh Ibnu al-Nafis kepada ilmu perubatan adalah teori yang baru. Teori ini menegaskan bahawa wujudnya peredaran darah dari jantung ke paru-paru dan dari paru-paru kepada jantung. Oleh itu, beliau telah mengasaskan ‘teori sirkulasipulmonari’. Akan tetapi Ibnu al-Nafis tidak sempat untuk mengkaji sistem peredaran darah keseluruh tubuh dalam waktu yang sama.

 

iv) Membina Sebuah Hospital

 

Semasa umur beliau mencecah lingkungan 74 tahun, beliau telah ditugaskan oleh Sultan Qalawun untuk membina sebuah hospital baru di Kaherah. Beliau menyelia pembinaan ini menurut keperluan perubatan berkenaan bahagian-bahagian hospital tersebut, wad, farmasi, perpustakaan, ruang menunggu, dan bilik khas untuk doktor. Selain itu juga, beliau memperkalkan konsep teaching hospital. Hospital itu telah dirasmikan oleh Sultan Qalawun dan dinamakannya dengan ‘al-Mansuri’.

            

KARYA.

Sebagaimana para sarjana islam yang lain,Ibnu al-Nafis telah menulis banyak buku-buku dan rencana. Walaubagaimana kebanyakannya telah hilang.

 
            Antara buku beliau yang masih ada termasuklah al-Kitab al-Syamil Fi al-Tibb tenrtang ensiklopedia perubatan, Kitab al-Muhadhdhab fi al-Kuhl mengenai opthalmilogi, al-Muhazzab berkenaan tentang perubatan mata, al-Mukhtar yang mengatakan tentang pemakanan, Syarh al-Hidayah adalah ulasan terhadap karangan Ibnu Sina tentang perubatan, al-Risalah al-Kamiliyyah fi al-Sirah al-nobawiyyah yang menyatakan tentang kisah hidup Nabi Muhammad. Selain itu al-Mujaziaiti ringkasan daripada kitab Ibnu Sina, al-Qanun. Fi ‘I-Tahibbi dan beberapa kritikan terhadap karya Hipokrotes, Ibnu Sina dan Humaym Ibnu Ishaq.beliau juga menulis buku ringkas karya Aristotles tentang logik.

 
            Ibnu al-Nafis adalah seorang lagi tokoh kesarjanaan islam yang mewakili zamannya pada zaman iti. Beliau seorang yang mempunyai pandangan yang luas dan juga berfikiran kreatif dalam membuat kerjanya.di dalam kerjayanya sebagai seorang doktor, beliau sering dilantik sebagai doktor peribadi oleh pemerintah-pemerintah.


 Beliau banyak menguasai bidang ilmu agama iaitu ilmu akhirat meskipun yang paling utama sekali ialah bidang perubatan dan beliau seorang ahli fizik yang terkemuka di Mesir dan di negara Islam yang lain.

           
Sumbangan beliau kepada pembangunan ilmu dan tamadun manusia adalah sangat besar sekali kepada dunia islam pada zaman dahulu dan sekarang. Tidak hairanlah mengapa beliau antara tokoh yang tercatat dalam sejarah tamadun Islam.


TOKOH-TOKOH SAINTIS ISLAM
 
IBNU YUNUS & SUMBANGAN


 
LATAR BELAKANG TOKOH

Antara para sarjana Islam yang mengukir nama dan kegemilangan dalam bidang ini termasuklah Ibn Yunus al-Munajjim, seorang Arab Mesir berketurunan Yaman.

 

            Nama penuh beliau ialah Abu al-Hassan Ali ibn Abdur-Rahman  ibn Ahmad ibn Yunus ibn Abdul A’la al-sadafi.Datuk beliau, Abdul-A’la ialah seorang ulama’. Begitu juga dengan bapa beliau, Yunus. Ibnu Yunus lahir pada tahun 348H./358M. dan meninggal pada tahun 399H/1009M.

 

 

            Tidak ada catatan yang jelas tentang tarikh sebenar kelahiran beliau. Demikian juga dengan zaman muda yang telah beliau jalani. Ini kerana beliau tidak begitu dikenali kecuali sesudah terjalin hubungan yang rapat antara beliau dengan Kerajaan Fatimiah di Mesir.

 

            Hasil dari hubungan yang rapat antara beliau dengan Kerajaan Fatimiah, Khalifah al-Aziz{M.386H/995M} telah meminta beliau menulis sebuah rajah penggerak cakerawala untuk kegunaan baginda sendiri. Begitu juga beliau kemudiannya telah diminta oleh khalifah yang sama untuk membina satu pusat kajian bintang di kota Kaherah.

 

Selain ilmu falak, Ibn Yunus juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang-bidang ilmu yang lain. Malahan beliau juga merupakan seorang yang kreatif dan penyair yang produktif.

 

HASIL KARYA.

Antara hasil karya beliau dapat kita tatapi pada hari ini termasuklah al-Ziji al-Kabir. Beliau telah memperkenalkan satu penemuan yang baru iaitu berupa bandul (ayunan) yang digunakan untuk mengetahui detik-detik waktu dalam meneropong benda-benda angkasa, seperti halnya bandul yang digunakan untuk jam dinding.

 

Karyannya yang lain adalah”Kitab al-Mikail” tentang kemiringan matahari. Ia juga “Kitab at-Ta’dil al-Muhkam” yang mengetengahkan tentang gerhana matahari dan bulan. Di samping itu ia juga menulis beberapa uraian mengenai daftar bayang-bayang, daftar azimuth matahari, ukuran solat yang tentu saja semua ini merupakan sumbangan besar bagi ilmu pengetahuan. Dalam buku tersebut, beliau juga memperkatakan tentang teori-teori tentang perjalanan cakerawala oleh para sarjana yang terdahulu dan sezaman dengan beliau.

 

Dari observatorium yang terdapat di Jabal Muqattam, Ibnu Yunus berhasil menemukan rubu’ berlubang (Gunners quadrant) yang sering digunakan untuk mengukur gerak bintang. Tetapi lebih dari semua itu, nama Ibnu Yunus umumnya lebih masyhur lewat karya astronominya yang paling terkenal “Az-Zij al-Kabir al- Hakimi” atau “Zij IbnuYunus”, atau yang kini dikenal dengan nama “Hakemite Astronomical Table” yang sayangnya sebahagian di antaranya sulit ditemukan. Karya ini mulai ia susun pada tahun 380H/990M. Kemudian disempurnakan lagi di saat-saat menjelang akhir hayatnya. Zij yang terdiri terdiri dari empat jilid ini kemudiannya tersebar ke pelbagai penjuru dunia yang mutunya lebih tinggi dibanding karya Claudius Ptolemaios. Bahkan telah diterbitkan dalam berbagai bahasa.


SUMBANGAN TOKOH
 
Antara sumbangan yang lain beliau termasuklah mencipta berbagai-bagai kaedah penting dalam mengira kepantasan waktu. Kaedah-kaedah beliau ini telah banyak menjelaskan persoalan-persoalan tentang pergerakan cakerawala. Malahan , beliaulah yang mereka cipta batu jam.

 

Dalam bidang pergerakan bulan dan matahari, Ibn Yunus telah berjaya memperoleh hasil penyelidikan yang banyak hasil daripada kegiatan beliau di pusat penyelidikan yang beliau dirikan di Kaherah. Hasil-hasil ini telah beliau gunakan untuk tujuan dan kajian perbandingan semasa bergiat dalam bidang berkenaan.

 

Begitulah kehidupan dan sumbangan Ibnu Yunus yang merupakan satu lagi bintang kesarjanaan ilmu pada zaman kebangkitan Islam dalam bidang ilmu. Cuma apa yang berbeza ialah beliau hidup dan bergiat di Kaherah, tidak seperti orang lain, yang rata-rata tertumpu ke Baghdad, kota ilmu pada waktu itu.

 
            Ibnu Yunus merupakan seorang Pakar Astronomi yang terulung di zaman itu. Hasil ciptaan beliau telah menjadi sumber rujukan utama buat ahli astronomi sekarang. Malahan beliau telah memberi impak yang besar  dalam bidang astronomi untuk lebih maju terkedepan. Moga tokoh ini boleh menjadi sumber inspirasi buat generasi akan datang untuk menjadi yang lebik baik dari yang dulu.


TOKOH-TOKOH SAINTIS ISLAM
 
IBNU HAITHAM & SUMBANGAN

 
 
NAMA TOKOH
Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.
Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.
Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.
 

LATARBELAKANG

 

Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq.
 

Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.
 

Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
 

Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi.
 

Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.
 

Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M) mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.
 

Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.
 

Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.
 

Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya.
 

Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.
 

SUMBANGAN IBNU HAITHAM


* TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)

 Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.
 

*TEORI PENGLIHATAN (optik)

Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.
 

*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG

Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

 

*TEORI BIASAN CAHAYA

Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

 

*AHLI BIDANG FALSAFAH

Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: “bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional”.

 

*BIDANG ASTRONOMI

Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.

 

*BIDANG FIZIK

Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler.

 

KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM


§         Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:


§         Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

 
§         Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

 
§         Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae.

 

KESIMPULAN
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.
Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri  kepada Allah SWT.


TOKOH-TOKOH SAINTIS ISLAM

Ibnu Khaldun rintis ilmu sosiologi moden

 
PROFIL
 
GELARAN: Ibnu Khaldun.
TARIKH LAHIR: 732 Hijrah bersamaan 1332 Masihi.
TEMPAT LAHIR: Tunisia.
MENINGGAL DUNIA: 808 Hijrah bersamaan 1406 Masihi.

IBNU Khaldun mencetus pemikiran baru apabila menyatakan sistem sosial manusia berubah mengikut kemampuannya berfikir, keadaan muka bumi persekitaran mereka, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa manusia itu sendiri.

Beliau juga berpendapat institusi masyarakat berkembang mengikut tahapnya dengan tertib bermula dengan tahap primitif, pemilikan, diikuti tahap peradaban dan kemakmuran sebelum tahap kemunduran.

Pandangan Ibnu Khaldun dikagumi tokoh sejarah berketurunan Yahudi, Prof Emeritus Dr Bernerd Lewis yang menyifatkan tokoh ilmuwan itu sebagai ahli sejarah Arab yang hebat pada zaman pertengahan.

Felo Amat Utama Akademik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Uthman El-Muhammady pula melihat pendekatan Ibnu Khaldun secara sejagat.

Sumbangan Ibu Khaldun, perintis ilmu sosiologi moden dapat disaksikan melalui siri Ilmuwan Islam di TV3, malam ini.

Episod kali ini yang diterbitkan Mohd Fasil Mohd Idris, bakal membawa penonton mengenali lebih dekat ilmuwan kelahiran Tunisia yang banyak menghasilkan karya untuk rujukan umat Islam dan bangsa lain masa kini.

Dilahirkan di Tunisia, keluarga Ibnu Khaldun sebenarnya berasal dari wilayah Seville, Sepanyol, ketika dalam pemerintahan Islam.

Ketika zaman kanak-kanak, beliau mempelajari al-Quran daripada orang tuanya sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi sambil dibantu sejarawan dan ulama Tunisia serta Sepanyol.

Pada 1375, beliau berhijrah ke Granada, Sepanyol kerana mahu melarikan diri daripada kerajaan di Afrika Utara.

Bagaimanapun, keadaan politik Granada tidak stabil, lantas mendorong beliau untuk merantau ke Aljazair (bahagian utara Semenanjung Tanah Arab). Di sini, beliau tinggal di kampung kecil iaitu Qalat Ibnu Salama.

Di situ juga beliau menghasilkan beberapa karya terkenal termasuk al Ibar Wa Diwan al-Mubtad Wa al-Khabar. Kitab ini mengandungi enam jilid dan paling terkenal, kitab Mukaddimah.

Sehingga kini kitab itu menjadi rujukan umat Islam, khususnya dalam ilmu kajian sosial, politik, falsafah dan sejarah.

Kitab Mukaddimah menghuraikan beberapa peristiwa dalam kehidupan masyarakat, proses pembentukan negara, faktor kemajuan serta kemunduran, selain menerangkan beberapa perkara yang berkaitan bidang perniagaan, perindustrian dan pertanian.

Karya Ibnu Khaldun yang menakjubkan itu membolehkan beliau digelar sebagai Prolegomena atau pengenalan kepada pelbagai ilmu perkembangan kehidupan manusia di kalangan ilmuwan Barat.

Dalam pada itu, Ibnu Khaldun mengutarakan pandangannya bagi memperbaiki kesilapan dalam kehidupan menjadikan karya beliau seumpama ensiklopedia yang mengisahkan pelbagai perkara dalam kehidupan sosial manusia.

Kajian yang dilakukan Ibnu Khaldun bukan hanya mencakupi kisah kehidupan masyarakat ketika itu, malah merangkumi sejarah umat terdahulu.

Selain sebagai ilmuwan dalam bidang sosial, Ibnu Khaldun, mampu mentadbir dengan baik apabila dilantik sebagai kadi ketika menetap di Mesir.

Kebijaksanaannya mendorong Sultan Burquq iaitu Sultan Mesir ketika itu memberi gelaran Waliyuddin kepada Ibnu Khaldun.

Ibnu Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan, kebebasan dan terkenal kerana hasil kerjanya dalam bidang sosiologi, astronomi, numerologi, kimia serta sejarah.

Beliau membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya daripada keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan dan menguruskan penghasilan wang.

Pemerintah juga melaksanakan kepemimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan.

Dari segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubung kaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan.

Beliau turut menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri.

Wacana atau pemikiran Ibnu Khaldun turut diterjemah ke dalam kehidupan masyarakat moden yang mahu mengimbangi pembangunan fizikal dan spiritual seperti Malaysia yang sedang menuju status negara maju.

Secara teorinya, ilmu itu dikaitkan dengan soal manusia dalam masyarakat dan ahli sosiologi berharap ilmu berkenan dapat menjalinkan perpaduan serta membentuk penawar kepada krisis moral yang dihadapi masyarakat hari ini.

Istilah sosiologi walaupun dicipta tokoh kelahiran Perancis abad ke-19, Aguste Comte, kajian mengenai kehidupan sosial manusia sudah dihurai oleh Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, 500 tahun lebih awal, pada usianya 36 tahun.


TOKOH - TOKOH SAINTIS ISLAM

Ibnu Tufail pakar ilmu hukum, perubatan


Profail :

NAMA: Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi

GELARAN: Ibnu Tufail

TARIKH LAHIR: 1106 Masihi

TEMPAT LAHIR: Asya, Granada

MENINGGAL DUNIA: 1185 Masihi

SUMBANGAN: Pemikir yang banyak menghasilkan karya dalam bidang falsafah, sastera, ilmu matematik, astronomi dan ilmu perubatan.


 
Dunia Islam telah melahirkan ramai ahli falsafah yang hebat tetapi falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran manusia.

Maka tidak hairanlah, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan Barat berbanding ahli falsafah Islam.

Beberapa tokoh falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, dan Ibnu Sina mendapat pengiktirafan Barat, tetapi mereka tidak mendapat tempat sewajarnya berbanding ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle.

Ini mungkin disebabkan kajian mengenai mereka masih belum memadai dan jauh daripada memuaskan sementara karya besar hasil tulisan sarjana serta ilmuwan Islam belum diterjemahkan.

Begitu juga dengan pemikiran falsafah Ibnu Tufail atau nama sebenarnya, Abu Bakr Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi yang lahir pada 1106 Masihi di Asya, Granada.

Ibnu Tufail dikenali sebagai ahli hukum, perubatan, dan ahli politik yang handal dan ketika pemerintahan al-Mu'min ibn Ali, beliau dilantik sebagai pembantu Gabenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi.

Beliau juga pernah menjadi doktor peribadi kepada pemerintah al-Muwahidin, Abu Ya'kub Yusuf dan ketika hayatnya, Ibn Tufail pernah dilantik sebagai menteri selain dikenali sebagai ahli politik yang dihormati oleh pihak pemerintah.

Selain itu, beliau juga membabitkan diri dalam bidang pendidikan, pengadilan, dan penulisan.

Walaupun banyak menulis buku, hanya satu saja kitab yang diwariskan Ibnu Tufail kepada generasi umat Islam iaitu kitab Hay ibn Yaqzan, memuatkan pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa menarik dan imaginasi indah.

Buku itu dianggap sebagai warisan paling unik yang ditinggalkan oleh seorang ahli falsafah Islam.

Menerusi bukunya itu, Ibnu Tufail berusaha menerangkan bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenali Allah dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya.

Di dalam buku Hay ibn Yaqzan, Ibn Tufail cuba merangka satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada pada diri manusia serta berusaha mengungkap persoalan hubungan antara manusia, akal dan Tuhan.

Untuk itu, beliau telah menggunakan watak Hayibn Yaqzan yang hidup di sebuah pulau di Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam kehidupan iaitu panas, sejuk, kering dan basah dengan tanah.

Watak itu hidup terpencil dan dapat mempertahankan kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan pancaindera.

Langkah Ibnu Tufail menggunakan analog watak itu dalam bukunya dianggap sebagai suatu perkara yang luar biasa dalam penulisan karya yang berbentuk falsafah.

Buku itu juga mengandungi pengamatan Ibnu Tufail mengenai ilmu metafizik, matematik, fizik, dan sebagainya.

Ibnu Tufail melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh Tuhan yang satu dan berkuasa penuh sementara dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi ini.

Falsafah Ibnu Tufail bukan sekadar menyentuh perkara yang berkaitan dengan metafizik tetapi juga sains tabii seperti fizik di mana beliau mendapati lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis daripada lapisan yang rendah.

Hal ini disebabkan kepanasan berlaku di permukaan bumi bukannya di ruang dan lapisan udara.

Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini, pandangan ini sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengannya.

Pemikiran falsafah Ibnu Tufail juga meliputi perkara yang berhubung dengan masyarakat apabila beliau menyifatkan masyarakat terdiri daripada sebahagian besar anggota-anggota yang malas.

Lantaran itu, mereka mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan nilai yang sedia ada tanpa mahu membahaskannya.

Ibnu Tufail seorang yang berpegang kepada logik dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.

Barangkali bertitik tolak daripada sikapnya itu, beliau tidak menyepi dan mengasingkan diri seperti mana dilakukan oleh segelintir ahli falsafah lain.

Sebaliknya beliau bergiat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan mengambil bahagian secara aktif dalam urusan pemerintahan serta kenegaraan.

Kegiatan ini dilakukannya sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1185 Masihi.


TOKOH - TOKOH SAINTIS ISLAM

Ibnu Al-Syatir pencipta astrolab


PROFIL
NAMA: Abu Al-Hasan Alauddin Ali bin Muhammad Al-Ansari
GELARAN: Ibnu Al-Syatir
TARIKH LAHIR: 704 Hijrah bersamaan 1304 Masihi
TEMPAT LAHIR: Damsyik, Syria
MENINGGAL DUNIA: 777 Hijrah bersamaan 1375 Masihi
SUMBANGAN: Mencipta peralatan astronomi dan memberi penjelasan teori bahawa planet mengelilingi matahari, bukan bumi


 
IBNU Al-Syatir adalah astronomi Islam yang sangat penting. Beliau berjaya menjelaskan teori planet serta mencipta peralatan astronomi yang digunakan mereka yang mendalami serta mengkaji ilmu astronomi.

Penguasaan beliau dalam ilmu matematik serta kejuruteraan membolehkan Ibnu Al-Syatir mendalami ilmu astronomi dan menghasilkan astrolab, alat yang digunakan untuk mengira jarak bintang dengan lebih tepat.

Astrolab adalah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit. Ia berbentuk cakera diperbuat daripada kayu atau logam yang tepinya ada ukuran darjah dan di tengahnya jarum penunjuk boleh bergerak.

Menggunakan ilmu pengetahuannya, Ibnu Al-Syatir membuat pembetulan alat penunjuk waktu menggunakan bayang-bayang matahari di atas permukaan jam yang dinamakan mizwalah.

Berdasarkan pengetahuannya juga, Ibnu Al-Syatir berjaya memberi penjelasan teori ilmu astronomi, matematik dan geografi Yunani serta Mesir.

Malah, beliau membuat pembetulan terhadap teori Kaleodos Ptolemeus yang mengatakan bahawa bumi adalah pusat peredaran planet serta bintang yang ada di langit secara teratur.

Hasil pengamatan Ibnu Al-Syatir terhadap planet luar seperti Marikh, Musytari dan Zuhal, beliau berjaya menemukan bukti bahawa bumi bukan pusat peredaran sebaliknya, semua planet mengelilingi matahari.

Memang pada mulanya penemuan beliau dianggap pelik, tetapi apabila Ibnu Al-Syatir memberikan ulasan mengenai kesilapan teori Ptolemeus, kehebatan ilmunya dikagumi tokoh ilmuwan lain.

Bagaimanapun, wujud salah faham apabila penemuan Ibnu Al-Syatir tidak banyak diperkatakan menyebabkan ramai mengatakan teori bumi mengelilingi matahari ditemukan ahli ilmu falak Poland, Copernicus.

Orientalis Inggeris, David King, yang membuat kajian mengenai hasil penemuan ilmuwan Islam menyatakan kebanyakan teori yang dikaitkan dengan Copernicus sebenarnya diambil daripada ilmuwan Islam bernama Ibnu Al-Syatir.

Malah, kajian terhadap manuskrip Arab di Poland pada 1973 menunjukkan Copernicus mengambil hasil penemuan dalam buku itu dan menyandarkan pendapat berkenaan kepada dirinya.

Ibnu Al-Syatir juga berjaya mencipta alat untuk mengetahui waktu solat yang dinamakan al-Basit yang kemudian diletakkan di menara azan Masjid Umawi di Damsyik.

Selain itu, beliau turut mengarang 30 jenis buku antaranya Risalah fi Ta’liq al-Arsad, Urjuzah fi al-Kawakib, Risalah ‘an Sun al-Usturlab, Kitab al-Mukhtasar fi Sun al-Usturlab dan Risalah fi Usul ‘Ilm al-Ustrlab.

Malangnya, semua buku hasil karya tokoh ilmuwan yang dikagumi ramai itu hilang.

Ibnu Al-Syatir yang pernah dipelihara bapa saudaranya, seorang pengukir, selepas kematian bapa ketika umur enam tahun turut menguasai ilmu kesenian ukiran sehingga berjaya menghasilkan kemewahan.

Beliau mahir menghasilkan seni ukiran menggunakan gading yang diminati golongan kaya dan sanggup membeli pada harga tinggi.

Menggunakan hasil seni ukiran itulah, Ibnu Al-Syatir mengelilingi dunia dan mengunjungi banyak negara termasuk Iskandariah untuk menimba ilmu pengetahuan.


TOKOH - TOKOH SAINTIS ISLAM

Ibn Qayyim menghuraikan falsafah ekonomi Islam
 
Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691/1292 – 751/1350) bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi ramai yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibn Qayyim banyak membincangkan tentang konsep kekayaan dan kemiskianan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadl dan riba al-nasi’ah, dan mekanisme pasaran.

Ibn Qayyim atau nama asalnya Shams al-Din Abu `Abd Allah Muhammad b. Abu Bakr b. Sa’ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan dengan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M di tempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibn Qayyim tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuk ilmu al-fara’id.

Sebenarnya, beliau telah menuntut pelbagai bidang pengajian dengan beberapa orang Ulama terkenal pada waktu remajanya. Antara guru beliau ialah Qadi Sulayman b. Hamzah (711H/1311M), Shaykh Abu Bakr (718H/1318M), al-Majd al-Tunisi (718 H), Abu al-Fath al-Ba’li (709H), al- Saffi al-Hindi (715H), al-Taqi al-Sulayman, Abu Bakr bin `Abd al-Da’im (718H), Abu Basr bin al-Shirazi (723H), `Isa al-Mut’im (719H), Isma`il Maktum (716H), dan Ibn Taymiyyah (661 – 728/1263 – 1328).

Antara bidang pengajian yang dipelajari daripada mereka ialah Tafsir al-Quran, hadith, usul al-fiqh, dan fiqh. Kesungguhan dan ketekunan Ibn Qayyim mempelajari ilmu dan pelbagai bidang akhirnya menjadikan beliau terkenal sebagai seorang tokoh dalam bidang fiqh, usul al-fiqh, tafsir, bahasa Arab, ilmu kalam, dan hadis. Malah menurut Ibn `Imad, Ibn Qayyim merupakan seorang yang alim dalam bidang tasawuf.

Ibn Qayyim sangat terkenal sebagai seorang tokoh ilmuwan pada zamannya dan dapat mengusai pelbagai bidang ilmu. Beliau merupakan salah seorang faqih yang mempunyai autoriti dalam Mazhab Hambali. Ada sesetengah Ulama Sufi menggelarkannya sebagai sufi agong. Beliau juga mempunyai personaliti dan peribadi yang baik yang amat sukar ditandingi oleh orang lain yang semasa dengannya. Ibn Kathir (774H/1373M), salah seorang anak muridnya pernah menyatakan bahawa Ibn Qayyim seorang yang kuat beribadat dan peribadinya disukai oleh orang ramai pada waktu itu. Antara lain Ibn Kathir menulis, “Aku tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadat seperti Ibn Qayyim. Apabila sembahyang, sembahyangnya begitu lama. Beliau memanjang rukuknya dan juga sujudnya.”
 
Selaku seorang ulama yang terkenal, Ibn Qayyim telah didampingi oleh ramai orang yang berguru dan mempelajari pelbagai bidang ilmu dengannya. Antara anak-anak muridnya yang masyhur ialah Ibn Kathir tokoh dalam ilmu hadis dan sejarah, Zayn al-Din Ibn Rajab al- Hanbali (795H/1397M) seorang tokoh dalam Mazhab Hanbali, dan Ibn Hajar al-`Asqalani (852H/1449M) seorang tokoh hadis yang tidak asing lagi.
 
Menurut penyelidikan Dr. `Iwad Allah Jad Hijazi penulisan Ibn Qayyim dalam pelbagai bidang ilmu pengetahun berjumlah 66 buah. Penulisan itu ada yang berjilid-jilid, ada yang tebal dan ada yang kecil serta ringkas. Dalam bidang tafsir Ibn Qayyim menulis Kitab al-Tibyan fi Iqsam al-Qur’an, Tafsir al-Mu`awwizatayn, Tafsir Surah al-Fatihah yang terdapat di awal
Kitab Madarij al-Salikin, dan lain-lain lagi.
 
Dalam bidang Hadis, Ibn Qayyim menulis Kitab-kitab seperti Tahdhib al-Sunan oleh Abu Dawud, al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib, dan sebagainya. Dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh beliau menyumbangkan kitab-kitab seperti, I`lam al-Muwaqqi`in `an Rabb al-`Alamin, al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyysah al-Shar`iyyah, al-Solah wa Ahkam Tariqiha, Tuhfah al-Mawdud biAhkam al-Mawlud, Bayan al-Dalil `An Istighna’ al-Musabaqah `an al-Tahlil, al-Tahlil Fima Yaaill wa Yaarum min Libas al-Harir, dan sebagainya.
 
Dalam bidang tasawuf Ibn Qayyim menulis yang antaranya, kitab-kitab Madarij al-Salikin, Rawdah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Mushtaqin, al-Fawa’id li Ibn Qayyim, `Uddah al-Sabirin wa Dhakhirah al-Shakirin, Taraq al-Hijratayn wa Bab al-Sa`adatayn, dan sebagainya. Dalam bidang kalam dan falsafah Ibn Qayyim menulis beberapa kitab seperti, Shifa’ a-`Alil fi Masa’il al-Qada’ wa al-Qadar wa al-hikmah wa al-Ta`lil, Kitab al-Ruh, Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah, dan Miftah dar al-Sa`adah wa Manshur Wilayah al-`Ilm wa al-Iradah. Dalam bidang Sejarah beliau menulis Kitab Zad al-Ma`ad fi Hady Khayr al-`Ibad. Ibn Qayyim juga menulis al-Tibb al-Nabawi, Talbis Iblis, al-Jawab al-Kafi `an Lima Sa’ala `An al-Dawa’ al-Shafi, dan lain-lain lagi.
 
Ibn Qayyim dalam penulisannya juga telah menyentuh beberapa perkara berkenaan dengan falsafah ekonomi Islam iaitu konsep manusia Islam ('homo islamicus') dan manusia bukan ekonomi ('non homo economicus'), konsep keadilan dan nilai-nilai etika dalam ekonomi, aktiviti-aktiviti ekonomi, kerjasama dan pembahagian buruh, pemilikan harta kekayaan oleh individu, dan peranan kerajaan dalam ekonomi. Dalam hal ini, Ibn Qayyim menggariskan asas kepercayaan Islam bahawa setiap manusia bertanggungjawab membimbing diri sendiri ke arah menjadi hamba Allah yang baik dan Allah S.W.T merupakan sumber pedoman dan petunjuk.
 
Dalam pengajian ekonomi, manusia digambarkan sebagai manusia yang sifat, gelagat dan tindakannya mementingkan diri sendiri, tamak, haloba, dan menjadikan keuntungan sebagai asas penting dalam semua jenis aktiviti ekonomi. Jadi, setiap manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya dan Allah S.W.T menjadi pedoman dan petunjuk ke arah jalan yang betul.
 
Selain itu, Ibn Qayyim menekankan bahawa hidup di dunia ini merupakan ujian dan cubaan daripada Allah S.W.T. Ujian yang dikenakan kepada manusia itu boleh sama ada dalam bentuk anugerah harta kekayaan atau pun diberikan kehidupan yang susah. Anugerah kekayaan kepada seseorang tidak bermaksud Allah S.W.T sayang kepadanya. Demikian juga ujian kemiskinan tidak bermaksud Allah S.W.T benci kepada seseorang. Harta kekayaan yang dimiliki oleh manusia bukanlah bererti hidup ini penuh dengan kesenangan.
 
Ibn Qayyim juga ada menyentuh soal keadilan yang merupakan teras semua aspek dalam kehidupan. Menurut Ibn Qayyim, keadilan merupaka objektif dan matlamat utama Syariah. Hal ini demikian adalah kerana Syariah itu mengandungi keadilan, keberkatan, dan kebijaksanaan. Perkara yang bercanggah dengan keadilan akan menukarkan keberkatan dan kebajikan kepada laknat dan kejahatan, dan daripada kebijaksanaan kepada sesuatu yang tidak berfaedah kepada Syariah.
 
Sehubungan dengan itu Ibn Qayyim menjelaskan nilai-nilai etika yang baik seharusnya diamalkan oleh orang Islam dalam kegiatan ekonomi mereka. Antara nilai etika yang baik ialah kepatuhan kepada Allah SWT, ketaatan kepada agama, sifat baik, jujur, dan benar. Apabila nilai etika tersebut diamalkan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam kegiatan ekonomi, akan menjauhkan nilai-nilai jahat seperti pembohongan, penipuan, dan korupsi.
 
Selanjutnya beliau menjelaskan bahawa akibat kepada sifat semula jadi yang suka berbohong akan menyebabkan kejayaan tidak tercapai dalam kehidupan. Apabila keadaan ini berlaku, kehidupan perekonomian akan cacat termasuk juga aspek-aspek lain dalam kehidupan. Dalam perkataan lain, pembohongan memberi impak yang besar dalam kehidupan orang-orang Islam.
 
Memandangkan akibat yang besar daripada ketidaktaatan dan kejahatan sosial, Ibn Qayyim ada menulis bahawa kesan-kesan dosa akan membawa kepada tidak baik dan dikutuk. Dosa-dosa ini mencacatkan jasad dan roh manusia yang merosakan kehidupan di dunia ini dan selepas mati.
 
Sifat-sifat yang negatif seperti pembohongan, penipuan, dan pengeksploitasian serta ketidakjujuran mendorong kepada keadaan yang tidak tenteram dalam kehidupan masyarakat. Akan berlaku huru-hara, kecurigaan, ketidakstabilan, dan kekecewaan dalam kalangan masyarakat. Apabila semua perkara ini berlaku, kegiatan ekonomi akan menguncup.
 
Sebaliknya nilai-nilai etika yang yang di amalkan dalam masyarakat akan menyuburkan suasana keyakinan dan jaminan keselamatan dalam masyarakat. Pada masa yang sama, masyarakat akan bekerjasama dalam proses pengeluaran dan kestabilan ekonomi. Dalam perkataan lain pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan akan meningkat, dan masyarakat akan hidup mewah.
 
Selain itu, Ibn Qayyim menganjurkan campur tangan kerajaan dalam pemilikan harta kekayaan individu jika individu berkenaan menggunakan harta kekayaan berkenaan pada jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat. Dalam hubungan ini, Ibn Qayyim telah memetik sepotong hadith Rasulullah s.a.w. mengenai seorang hamba (harta) yang dimiliki bersama oleh beberapa rakan kongsi (tuan) yang hendak dibebaskan oleh salah seorang daripada tuannya, sedangkan tuan-tuan yang lain tidak bersetuju dengan pembebasan tersebut.

Dalam kes ini Rasulullah s.a.w. memutuskan harga yang adil dan rakan-rakan kongsi yang lain diminta menerima bahagian masing-masing. Selepas itu, hamba berkenaan telah dibebaskan. Hadith ini menjadi asas pada Ibn Qayyim dalam menentukan peraturan bahawa sesuatu harta yang yang tidak boleh dibahagikan dan dimiliki bersama boleh dijual jika salah seorang daripada para pemiliknya berhasrat untuk menjualnya.

Jelas, beberapa aspek dalam falsafah ekonomi Islam yang dihuraikan oleh Ibn Qayyim tersebut merupakan antara prinsip dan teras ekonomi Islam yang membezakannya dengan falsafah ekonomi konvensional.


 


 


 
 
 

 
 
 

 
 
 

 


 


 
 
 

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.