TAKRIF TALAQ / BENTUK LAFAZ TALAQ / BENTUK LAFAZ TALAQ / HUKUM TALAQ
TAKRIF TALAQ
Bahasa : melepaskan ikatan perkahwinan
Istilah : melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talaq atau seumpamanya oleh
suami kepada isteri.
BENTUK LAFAZ TALAQ
Secara sarih : iaitu lafaz yang jelas menunjukkan cerai seperti : “aku ceraikan kamu.”
Secara kinayah : iaitu lafaz secara sindiran atau kiasan seperti : “Baliklah ke rumah emak dan ayah kamu.”
HUKUM TALAQ
a. Wajib
Bila berlaku syiqaq di antara suami dan isteri yang tidak dapat didamaikan setelah melalui proses hakam oleh mahkamah.
Bila suami melafazkan ila’ kepada isterinya dan suami masih tetap dengan sumpahnya selepas tamat tempoh empat bulan ( tertakluk kepada syarat-syarat tertentu .
Bila suami tidak mampu (lemah) menyempurnakan hak isteri.
b. Sunat
Apabila isterinya berakhlak buruk yang melebihi adat.
c. Makruh
Apabila suami menceraikan isteri yang berkelakuan baik atau menceraikan isteri tanpa sebab.
d. Harus
Apabila suami tiada keinginan terhadap isteri atau apabila isteri tidak membenarkan suami membayar maskahwin untuk bersama dengannya.
e. Haram
Apabila suami menceraikan isteri dalam keadaan haid atau dalam masa suci sebaik sahaja selepas disetubuhi ( dikhuatiri isteri tadi mengandung ) atau untuk menghalang isteri daripada mendapat harta pusaka atau isteri yang belum disempurnakan gilirannya.
Sekiranya suami melafazkan talaq dalam keadaan- keadaan di atas, talaq tetap jatuh ( sah ) manakala perbuatannya adalah haram dan berdosa.
Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well. Learn More.