
PEMBUBARAN PERNIKAHAN
a. Talaq
b. Ta’liq
c. Khuluk ( tebus talaq )
d. Fasakh
e. Li’an
JENIS TALAQ
a. Talaq raj’i – talaq yang suami dapat merujuk kembali kepada bekas isterinya dalam tempoh ‘iddah tanpa memerlukan akad serta mahar yang baru.
b. Talaq bain – terbahagi kepada dua iaitu :
i- Bain sughra :
talaq yang suami tidak bolehrujuk kembali kepada bekas isterinya melainkan dengan akad perkahwinan dan mahar yang baru.
Contoh : khuluk dan fasakh
ii- Bain kubra :
Talaq dengan li’an – terputus hubungan suami isteri selama-lamanya
Talq yang dijatuhkan sebanyak tiga kali ( secara berasingan atau tiga kali sekaligus ).suami dilarang berkahwin semula dengan bekas isterinya melainkan bekas isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain ( dengan pernikahan yang sah dan telah disetubuhi ) kemudian diceraikan dan telah tamat tempoh ‘iddahnya.