9.2.2019
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Pertandingan Memanah Piala Masjid Wilayah Persekutuan 2019 bertempat di perkarangan Laman Hidayah dengan penyertaan sebanyak 100 orang melibatkan peserta dewasa dan kanak-kanak.
Pertandingan dimulakan dengan perbarisan peserta dan demonstrasi pemanah professional sebelum pertandingan diteruskan mengikut kategori-kategori yang dipertandingkan. Majlis penutup pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Yg.brs Tuan Haji Munir bin Haji Salleh, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.