LAWATAN YBM AGAMA KE MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN

12 Mei 2026 | 24 Zulkaedah 1447H (Selasa) โ Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Hasan telah mengadakan lawatan mengejut ke Masjid Wilayah Persekutuan pada tengah hari tadi bagi meninjau sendiri perkembangan kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan yang sedang dilaksanakan.
Lawatan berkenaan diadakan dalam sela masa tugasan rasmi beliau bagi memastikan setiap projek yang dijalankan berada pada tahap memuaskan serta menepati jadual yang telah ditetapkan.
Dalam lawatan tersebut, YBM Agama turut memanjat ke ruang atas bumbung masjid bagi melihat secara dekat keadaan semasa dan kemajuan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.
Menurut beliau, aspek pemantauan perlu dilaksanakan secara tegas dan serius bagi memastikan setiap kerja pembaikan serta penaiktarafan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan selain dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditentukan.
โSetiap projek yang dilaksanakan perlu dipastikan berjalan dengan baik, menepati piawaian serta memberi manfaat terbaik kepada para jemaah dan pengunjung masjid,โ ujar beliau.
Lawatan tersebut mencerminkan komitmen berterusan pihak kerajaan dalam memastikan Masjid Wilayah Persekutuan sentiasa berada dalam keadaan terbaik sebagai institusi ibadah, dakwah dan pusat penyatuan ummah.
๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐:
๐ ๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก.๐ ๐จ๐ฏ.๐ฆ๐ฒ/
๐ ๐
๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฐ๐ฐ๐ฐ.๐๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง/
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ข๐ง๐ฌ๐ญ๐๐ ๐ซ๐๐ฆ.๐๐จ๐ฆ/๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ฒ๐จ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐.๐๐จ๐ฆ/@๐ฆ๐๐ฌ๐ฃ๐ข๐๐ฐ๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก๐ฉ๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง
๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ก๐ญ๐ญ๐ฉ๐ฌ://๐ญ.๐ฆ๐/๐ ๐๐ง๐ ๐ฆ๐ฐ๐ฉ
| |
 |
|
| |
|
|
|
| |
|
Gambar Ihsan dari : FB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan
Text Berita Disediakan oleh:
Cawangan Khidmat Pengurusan
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.