Khamis, 2 Jamadil Akhir 1448H
12 November 2026
05:38
05:48
01:00
04:22
06:58
08:10

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

KELEBIHAN-KELEBIHAN AGAMA ISLAM

KELEBIHAN-KELEBIHAN AGAMA ISLAM

 

Firman Allah SWT, maksudnya: “… dan aku telah redhakan islam menjadi agama untuk kamu…..” ( al-maidah : 3 )

 

Dari Abi Sai’d al-khudri r.a, bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “apabila seseorang itu memeluk islam, lalu dia mengerjakan amalan-amalan yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya ( serta dengan ikhlas ), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu ( sebelum islam ), dan sesudah itu dijalankanlah balasan ( bagi segala amalnya ) – tiap-tiap satu kebaikan ( akan dibalas ) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda, dan tiap-tiap satu kejahatan ( akan dibalas ) dengan satu kejahatan  yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya..” ( Bukhari )

Hadith ini mengandungi :

·         Setiap orang yang masuk islam dengan sebenar-benarnya akan diampunkan segala dosanya yang

           telah lalu.

·         Sesudah dia masuk Islam, baharulah dia akan diberi balasan menurut ketetapan yang tertentu.

·         Balasan orang yang berdosa, terserah kepada Allah.

Huraian hadith :

o   Orang kafir yang masuk islam, semua amalan yang telah lalu akan diampunkan oleh Allah SWT dan bersihlah dia dari menanggung dosa.

o   Sesudah itu, semua amalannya akan dihitung sebagaimana orang muslim yang lain. Jika amalannya baik, maka Allah SWT akan memberi balasan kebaikan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Sebaliknya tiap-tiap amalan kejahatan – jika dikehendaki Allah – dibalas dengan hanya satu kejahatan yang sama dengannya.

o   Dalam hadith ini juga Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tidak boleh ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah SWT.