Kuala Lumpur,Putrajaya
10 Zulkaedah 1445  |  19 May 2024
05:40
Imsak
05:50
Subuh
13:13
Zohor
16:36
Asar
19:21
Maghrib
20:34
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Program Pengajian Akbar Bersama Ulama’ Nusantara Siri 2/2018

IMG 3598

25 HINGGA 26 APRIL 2018 | 09 HINGGA 10 SYAABAN 1439H Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWP) telah menganjurkan Program Pengajian Akbar Bersama Ulama’ Nusantara Siri 2/2018 secara bertalaqqi dengan Tuan Guru Baba Ghazali bin Ahmad dengan menggunakan kitab Aqidatun Najin karangan Al-‘Alim Al-‘Allamah Al-Fahham Al-Syeikh Zainul Abdidin bin Muhammad Al-Fathani. 

IMG 3568 IMG 3569

IMG 3575 IMG 3595

Program telah dihadiri seramai 485 peserta yang terdiri daripada kakitangan Kerajaan, Swasta dan Orang Awam sekitar Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengajian bertalaqqi ini dimulai dengan kupasan berhubung Dalil Menunjukkan ‘Aradh Itu Baharu sebagaimana firman Allah S.WT dalam surah Al-Hadid : Ayat 3 bermaksud “ Ia jua yang awal dan yang akhir”. Pengajian berakhir dengan Perkara Yang Harus Bagi Para Rasul.

Semoga program seumpama ini dapat menjelaskan tentang kekeliruan aqidah yang semakin menular di kalangan masyarakat masa kini disamping meningkatkan keyakinan pegangan aqidah yang benar menurut Al-Quran dan As-Sunnah di kalangan masyarakat secara menyeluruh.

 

Publish the Menu module to "offcanvas" position. Here you can publish other modules as well.
Learn More.