Saiz Font

Isnin 23/10/2017 | 2 Safar 1439

W3C ]       
Waktu Solat
W. Persekutuan
Fajar
5:31
Subuh
5:41
Zohor
13:00
Asar
16:19
Maghrib
19:00
Isyak
20:10
logomasjid SELAMAT DATANG
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Jalan  Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6201 8791 / 8767 / 8780    Fax : 03-6201 8790

Prosedur Aktiviti Penggambaran Komersial

 

SYARAT & GARIS PANDUAN  BAGI TUJUAN AKTIVITI PENGGAMBARAN KOMERSIAL DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

CONDITION & GUIDELINES FOR COMMERCIAL FILMING ACTIVITIES AT FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR MOSQUEE

 

1.

Suatu permohonan untuk membuat  penggambaran hendaklah dibuat kepada pihak JAWI (Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan ) sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh penggambaran dibuat.

 

An application for filming shall be made to JAWI (The Director of Federal Territory Islamic Affairs Department) at least 2 weeks before the date of film shooting.

 

2.

Skrip dan jalan cerita hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh agensi atau badan kerajaan seperti FINAS, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (MOCAT), Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan lain-lain agensi atau badan kerajaan yang berkenaan.

 

Script(s) and storyboard(s) shall adhere to rules and regulations set by government agencies or bodies such as FINAS, Ministry of Culture, Arts and Tourism (MOCAT), Malaysian Censorship Board and other related government agencies or bodies concerned.

 

3.

Krew dan artis yang terlibat hendaklah berpakaian secara sopan pada setiap masa mengikut tatacara pemakaian di masjid dan elakkan daripada memakai pakaian yang terdedah atau menjolok mata. Pengenalan diri/pas syarikat hendaklah senantiasa dipamerkan semasa di lokasi.

 

Crew and artistes involved be decently dressed at all times and proper attire and they are prohibited from wearing revealing or skimpy attires. They must also display their identification tags/company’s pass when at site.

 

4.

Tidak menyiarkan lagu dan bunyi-bunyian yang terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam.

 

Loud music and sound that may disturb the public is not allowed.

 

5.

Tidak mengganggu jemaah yang beribadat di masjid. Sekiranya aktiviti ini didapati mengganggu jemaah, pihak pengurusan dan pengawal keselamatan berhak untuk menegur serta melarang aktiviti yang berkaitan.

 

Do not disturb the congregation of worship activities in the mosque. If these activities are found to interfere with the congregation, the management and security guards has the right to rebuke and forbid those activities.

 

6.

Tidak mengalih atau merosakkan sebarang harta awam, bunga atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekitar lokasi penggambaran.

 

Not removing or damaging any public property, flowers or plants found within the vicinity of the filming location (mosque courtyard & facilities).

 

7.

Lokasi hendaklah dibersihkan setelah tamat aktiviti penggambaran dan tidak meninggalkan sebarang kekotoran atau sampah.

 

The location shall be cleaned up after filming and no rubbish is to be left behind.

 

8.

Surat kebenaran penggambaran yang dikeluarkan oleh Perbadanan hendakalah ditunjukkan apabila diminta oleh mana-mana pegawai penguatkuasa untuk tujuan pemeriksaan.

 

If necessary, the letter of approval for filming issued by management of the mosque / Perbadanan shall be produced for inspection upon request by any Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque officer(s) during the filming.

 

9.

Penggambaran hanya dibenarkan di lokasi yang telah diluluskan oleh pihak pengurusan masjid dan hendaklah dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan.

 

Filming is only allowed at location(s) approved by mosque management and shall be carried out within the stipulated time.

 

10.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhak menarik balik kebenaran yang telah diluluskan tanpa memberikan sebarang alasan atau notis terlebih dahulu.

 

Visitors are forbidden to remove or damage any public property, flowers or plants are found along the visit.

 

11.

Pihak Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hendaklah dimaklumkan terhadap sebarang pindaan mengenai tarikh, masa, tempat atau pembatalan aktiviti penggambaran.

 

The management of Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque shall be informed of any change relating to date, time, location or cancellations of filming activity.

 

12.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa kecederaan, kehilangan nyawa, kerosakan peralatan atau kos tambahan yang ditanggung semasa membuat penggambaran yang disebabkan oleh kecuaian pembuat filem atau mana-mana pihak ketiga.

 

Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque shall not be liable for any injury, loss of life, damage to equipment or extra cost incurred during film shooting to negligence of the film maker or any third party.

 

13.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhak untuk meminda syarat dan garis panduan penggambaran dari semasa ke semasa.

 

Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque has the right to amend the condition and guidelines of filming from time to time.

 

14.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhak membuat tuntutan ganti rugi tehadap sebarang kerosakan yang berlaku sepanjang penggunaan tempat untuk tujuan penggambaran.

 

Federal Territory Of Kuala Lumpur Mosque has the right to make claims for damage incurred during/due to the use of locations for filming.

Visit fbetting.co.uk Betfair Review