Saiz Font

Rabu 28/06/2017 | 3 Syawal 1438

W3C ]       
Waktu Solat
W. Persekutuan
Fajar
5:34
Subuh
5:44
Zohor
13:19
Asar
16:45
Maghrib
19:28
Isyak
20:44
logomasjid SELAMAT DATANG
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Jalan  Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6201 8791 / 8767 / 8780    Fax : 03-6201 8790

Perutusan Imam Besar


Tuan Haji Zakariah Bin Isa

Setinggi - tinggi syukur dipanjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya Laman Sesawang Rasmi Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dapat disempurnakanakhirnya. Berkat usaha  yang berterusan tanpa mengenal jemu semua yang terlibat terutama unit ICT Masjid dan bahagian ICT JAWI  maka Laman Sesawang rasmi yang menjadi idaman sekian lama terhasil dengan baik. Arus perkembangan dan kepesatan  teknologi maklumat  yang begitu deras memungkinkan masyarakat dunia mendapatkan maklumat dalam sekelip mata.

Dunia nan luas kini menjadi sebuah perkampungan kecil  yang boleh dilawati dan diterokai dengan mudah. Sewajarnya, kemajuan teknologi dan perkembangan ict ini harus diambil peluang dan dimanafaatkan sebaik mungkin oleh setiap institusi agama khususnya Masjid untuk kepentingan dakwah dan menarik serta mendekatkan masyarakat terutama golongan muda – mudi  kepada Masjid yang pastinya bermula dengan langkah pertama mereka hadir ke rumah Allah  menunaikan solat jemaah dan menghadiri program – program pengimarahan.

Jesteru, Laman web rasmi Masjid Wilayah Persekutuanpastinya akan menjadi medium rasmi untuk masyarakat mengenali, mendekati dan mencintai Masjid ini. Laman Sesawang rasmi ini juga akan dimanafaatkan oleh pihak masjid bagi menghebahkan semua aktiviti pengimarahan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di Masjid ini seperti  kelas – kelas pengajian, ceramah, seminar, forum , kursus  dan sebagainya . Akhirnya, saya merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang terlibat menghasilkan laman web rasmi Masjid ini. Semoga semangat dan kerja kuat yang ditunjukkan ini terus dikekalkan dalam membangun dan menambah baik laman web ini dari masa ke semasa. Saya juga mengalu – alukan kunjungan semua ke Laman Sesawang rasmi ini dan mengharapkan teguran dan pandangan membina dalam menambah baik laman web rasmi Masjid Wilayah Persekutuan ini.Sekian terima kasih.

Visit fbetting.co.uk Betfair Review