KELEBIHAN-KELEBIHAN AGAMA ISLAM
- Details
- Disiarkan: 24 Februari 2011
KELEBIHAN-KELEBIHAN AGAMA ISLAM
Firman Allah SWT, maksudnya: “… dan aku telah redhakan islam menjadi agama untuk kamu…..” ( al-maidah : 3 )
Dari Abi Sai’d al-khudri r.a, bahawa dia telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “apabila seseorang itu memeluk islam, lalu dia mengerjakan amalan-amalan yang membuktikan keislamannya dengan sebaik-baiknya ( serta dengan ikhlas ), Allah akan mengampunkan tiap-tiap kejahatan yang telah dilakukannya dahulu ( sebelum islam ), dan sesudah itu dijalankanlah balasan ( bagi segala amalnya ) – tiap-tiap satu kebaikan ( akan dibalas ) dengan sepuluh kali gandanya hingga kepada tujuh ratus kali ganda, dan tiap-tiap satu kejahatan ( akan dibalas ) dengan satu kejahatan yang menyamainya, kecuali jika Allah mengampunkannya..” ( Bukhari )
Hadith ini mengandungi :
· Setiap orang yang masuk islam dengan sebenar-benarnya akan diampunkan segala dosanya yang
telah lalu.
· Sesudah dia masuk Islam, baharulah dia akan diberi balasan menurut ketetapan yang tertentu.
· Balasan orang yang berdosa, terserah kepada Allah.
Huraian hadith :
o Orang kafir yang masuk islam, semua amalan yang telah lalu akan diampunkan oleh Allah SWT dan bersihlah dia dari menanggung dosa.
o Sesudah itu, semua amalannya akan dihitung sebagaimana orang muslim yang lain. Jika amalannya baik, maka Allah SWT akan memberi balasan kebaikan sepuluh hingga tujuh ratus kali ganda. Sebaliknya tiap-tiap amalan kejahatan – jika dikehendaki Allah – dibalas dengan hanya satu kejahatan yang sama dengannya.
o Dalam hadith ini juga Rasulullah s.a.w. menerangkan satu hakikat bahawa orang yang melakukan dosa tidak boleh ditentukan balasan buruknya, kerana hal itu terserah kepada Allah SWT.