Saiz Font

Isnin 10/08/2020 | 21 Zulhijjah 1441

W3C ]       
logomasjid SELAMAT DATANG
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Jalan  Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6201 8791 / 8767 / 8780    Fax : 03-6201 8790

Ziarah Bait Al-Rizq & JAWI FOOD BANK ke rumah keluarga asnaf

1

26.2.2020
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menerusi BAIT RIZQ Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) dan Team Food Bank JAWI telah mengadakan Ziarah ke rumah dua keluarga asnaf bertempat di PPR Sri Perak dan Taman Beringin Jinjang Kuala Lumpur.

Seramai dua belas (12) orang pegawai dan kakitangan JAWI telah turut serta dalam program ziarah ini yang diketuai oleh Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan YBHG. TUAN HAJI EHSAN BIN MOHD HOSNI dan TUAN HAJI MOHD FADZIL BIN ABU KASIM, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

Ziarah kami dimulai dengan ziarah rumah Puan Suriani binti Hashim bertempat di PPR Sri Perak, Sentul. Beliau mempunya enam (6) orang anak dan anak bongsu yang berusia satu tahun mengalami penyakit yang melibatkan perkembangan otak dan badan keseluruhannya terbantut. Hal ini menyebabkan beliau tidak dapat berkerja bagi membantu suaminya yang hanya bekerja sebagai promoter sahaja.

Manakala ziarah ke dua (2) adalah ke rumah Puan Aisyah bertempat di Taman Beringin Jinjang. Dua daripada empat orang anaknya mengalami sakit yang kritikal iaitu sakit leukemia dan Cereberal Palcy. Kedua-dua penyakit ini memerlukan penjagaan rapi menyebabkan mereka tidak dapat bekerja.

Semoga usaha seumpama ini dapat menanamkan sikap prihatin dan menyemaikan rasa kasih sayang di kalangan masyarakat terhadap golongan yang kurang berkemampuan.

3 4

5 

 

 WAKTU URUSAN PEJABAT

ISNIN - KHAMIS :

8:00 PAGI - 1:00 TGH

2:00 PETANG - 5:00 PETANG

 

JUMAAT :

8:00 PAGI - 12:00 TGH

2:45 PETANG - 5:00 PETANG

 

 SABTU/AHAD DAN CUTI UMUM – TUTUP

Hadis
Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)."
Pengunjung
820467
Hari IniHari Ini446
SemalamSemalam1000
Minggu IniMinggu Ini311
Bulan IniBulan Ini8146
JumlahJumlah820467

Visit fbetting.co.uk Betfair Review