Saiz Font

Rabu 12/12/2018 | 3 Rabiulakhir 1440

W3C ]       
Waktu Solat
W. Persekutuan
Fajar
5:38
Subuh
5:48
Zohor
1:10
Asar
4:32
Maghrib
7:06
Isyak
8:20
logomasjid SELAMAT DATANG
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Jalan  Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6201 8791 / 8767 / 8780    Fax : 03-6201 8790

Program Ziarah Mahabbah Ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT Tuanku Mizan)

IMG 3521

19 APRIL 2018 | 03 REJAB 1439H ( Khamis ) Masjid Wilayah Persekutuan (MWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Program Ziarah Mahabbah Ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan MWP yang diketuai oleh TUAN HAJI ZAKARIAH BIN ISA, Imam Besar MWP telah menyertai program ini. Program dimulai dengan sesi beramah mesra antara pegawai HAT Tuanku Mizan dengan rombongan pegawai masjid.

IMG 3513 IMG 3526

IMG 3529 IMG 3538

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pegawai Memerintah HAT Tuanku Mizan YBHG. BRIGEDIER JENERAL DATO’ (DR.) ZULKEFFELI BIN MAT JUSOH dan ucapan balas oleh Imam Besar MWP. Program diteruskan dengan sesi penyampaian sumbangan kepada hospital berbentuk Plak Cenderamata MWP dan Debu Tayamum serta Botol Spray Wudhuk untuk kegunaan pesakit-pesakit di wad. Kemudian diikuti dengan sesi bergambar kenang-kenangan bersama Pegawai Memerintah, Pegawai-pegawai dan kakitangan hospital. Program diakhiri dengan sesi lawatan ke wad. Seramai 100 pesakit telah menerima cenderahati berupa Beg Pakaian, Tuala Dan Mug daripada MWP.

Semoga program seumpama ini dapat menanam sikap prihatin di kalangan pegawai dan kakitangan JAWI amnya dan warga MWP khususnya untuk terus membantu golongan yang memerlukan.

 

Visit fbetting.co.uk Betfair Review