Saiz Font

Jumaat 24/11/2017 | 5 Rabiulakhir 1439

W3C ]       
Waktu Solat
W. Persekutuan
Fajar
5:32
Subuh
5:42
Zohor
13:03
Asar
16:25
Maghrib
19:00
Isyak
20:13
logomasjid SELAMAT DATANG
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Jalan  Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6201 8791 / 8767 / 8780    Fax : 03-6201 8790

Program Menyantuni Anak Yatim Siri 1/2017 – Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya

IMG 7856

20.6.2017
Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) dengan kerjasama Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah (JAM’IYAH), Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dan Sahabat Masjid Wilayah Persekutuan telah menganjurkan PROGRAM MENYANTUNI ANAK YATIM SIRI 1/2017 – MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA. 

Program ini telah melibatkan seramai 200 orang anak yatim asnaf yang datang daripada pelbagai tempat dan daerah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Peserta bukan sahaja daripada rumah-rumah anak yatim tertentu, tetapi juga dipilih daripada rumah-rumah PPR sekitar Kuala Lumpur.

Program dimulakan dengan Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kemudian diikuti dengan penyampaian sumbangan hari raya kepada semua peserta yang hadir. Program diakhiri dengan majlis berbuka dan solat maghrib berjemaah.
Semoga usaha sebegini akan dapat diteruskan dan diperbanyakkan pada masa hadapan agar masyarakat yang memerlukan seperti ini akan turut merasai nikmat sebagaimana yang dirasai oleh lain.

 IMG 7867 IMG 7871

 IMG 7885 IMG 7891

Visit fbetting.co.uk Betfair Review