Saiz Font

Jumaat 03/07/2020 | 13 Zulkaedah 1441

W3C ]       
logomasjid SELAMAT DATANG
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Jalan  Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6201 8791 / 8767 / 8780    Fax : 03-6201 8790

Program Ibadah Qurban 2016

Ibadah Qurban 01

12 September 2016 bersamaan 10 Zulhijjah 1437H (Isnin) - Masjid Wilayah Persekutuan telah mengadakan Program Ibadah Qurban 2016 yang berlangsung di perkarangan Anjung A, selepas solat Idul Adha. Sebanyak 10 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Program secara gotong-royong ini telah melibatkan lebih kurang seramai 200 orang petugas.

Majlis korban kali ini turut disertai oleh peserta dan ahli daripada Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia yang melaksanakan ibadah korban serentak di 4 buah negara. Yayasan ini telah menyumbang sebanyak 2 daripada 4 ekor lembu yang dikorbankan kepada pihak masjid untuk diagihkan kepada orang awam dan telah menjadikan jumlah agihan masjid sebanyak 12 ekor.

Ketua Pengarah JAKIM, Yg. Bhg. Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha, turut hadir meluangkan masa beramah mesra bersama jemaah dan peserta yayasan yang hadir menyertai program tersebut. Beliau telah diiringi oleh Yg.Brs. Tuan Haji Zakariah bin Isa, Imam Besar MWPKL.  

Ibadah Qurban 02 Ibadah Qurban 03
Ibadah Qurban 04 Ibadah Qurban 05
Ibadah Qurban 06 Ibadah Qurban 07

Disediakan Oleh:

Admin, Masjid Wilayah Persekutuan.

Visit fbetting.co.uk Betfair Review