Saiz Font

Khamis 21/09/2017 | 29 Zulhijjah 1438

W3C ]       
Waktu Solat
W. Persekutuan
Fajar
5:38
Subuh
5:48
Zohor
13:09
Asar
16:14
Maghrib
19:12
Isyak
20:20
logomasjid SELAMAT DATANG
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Jalan  Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6201 8791 / 8767 / 8780    Fax : 03-6201 8790

Latar Belakang

Logo Sekolah

SEJARAH PENUBUHAN

Sekolah Rendah Agama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur ialah merupakan sebuah sekolah di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).Sekolah ini telah dibuka pada 07 Januari 2002. Dengan diberi nama Sek. Ren. Agama Masjid Wilayah Persekutuan bersesuaian dengan kedudukannya di dalam Masjid Wilayah Persekutuan pada Aras 2 di Anjung D.Pada peringkat awal sekolah ini beroperasi hanya seramai 150 orang pelajar dan 6 orang guru sahaja. Namun begitu , berlaku peningkatan dan pertambahan pelajar dari setahun ke setahun. Sehingga kehari ini (2011),  jumlah pelajar adalah seramai 716 orang dan guru seramai 20 orang dengan 18 buah kelas.Sekolah ini dibuka adalah dengan permintaan dari masyarakat setempat yang menginginkan anak-anak di bawah jagaan mereka mendapat didikan agama khususnya dalam menghadapi berbagai cabaran yang mendatang.Dengan segala kemudahan insfrastuktur dan prasarana yang lengkap membuatkan sekolah ini sentiasa menjadi pilihan ibubapa.

Falsafah Sekolah

Bahawasanya sekolah ini berkeyakinan dan berkeupayaan menyediakan tenaga kerja yang bertanggungjawab terhadap kecemerlangan dan kegemilangan sekolah.

  • Berkeyakinan dan kesungguhan dalam memberi ilmu.
  • Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan Negara

Motto

 

“ ILMU IMAN ASAS KECEMERLANGAN “

Visi

Berusaha menjadikan SRAMWP sebuah Institusi pendidikan yang berwibawa bagi memenuhi keperluan masyarakat serta berkemampuan melahirkan pelajar-pelajar  yang berilmu,beriman, beramal dan berakhlak mulia serta mampu berdikari.

Misi

Bahawa sesungguhnya Misi Sek.Ren.Agama Masjid Wilayah Persekutuan  ialah untuk mempertingkatkan potensi pencapaian berkesan dan terancang melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam setiap aspek pendidikan untuk melahirkan insan yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. Serta :-

  • SRAMWP berusaha ke arah Sekolah Agama Nombor Satu di JAWI
  • Menjadikan SRAMWP contoh cemerlang  dalam Pendidikan Agama

Visit fbetting.co.uk Betfair Review