Saiz Font

Jumaat 15/12/2017 | 26 Rabiulakhir 1439

W3C ]       
Waktu Solat
W. Persekutuan
Fajar
5:39
Subuh
5:49
Zohor
13:11
Asar
16:34
Maghrib
19:07
Isyak
20:22
logomasjid SELAMAT DATANG
MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN
Jalan  Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-6201 8791 / 8767 / 8780    Fax : 03-6201 8790

Pentadbiran

FUNGSI - FUNGSI CAWANGAN KHIDMAT PENGURUSAN

Bertanggungjawab dalam menyediakan segala perkhidmatan kepada masyarakat
dengan mesra, cekap dan berkesan disamping memantau serta menjaga keperluan semasa Masjid Wilayah Persekutuan.

 Aktiviti-aktiviti Unit Pentadbiran :
 

> Mengendalikan urusan surat-menyurat dan Sistem Pengurusan Fail dan Rekod.

> Menguruskan kenderaan jabatan dan pemandu.

> Menyelaras program tahunan serta laporan aktiviti Unit Pentadbiran dan
   Unit Pengimarahan Masjid Wilayah.

> Mengatur mesyuarat / perjumpaan pengurusan dan penyelenggaraan Masjid   Wilayah.

> Mengawal selia kunci bilik-bilik di Masjid Wilayah.

> Mengatur tempahan jamuan bagi lawatan / mesyuarat / aktiviti Masjid Wilayah.

> Mengurus dan menyelaras tempahan / sewaan dewan-dewan serta bilk dan   asrama, kemudahan di Masjid Wilayah.

> Mengurus dan memantau Syarikat Penyelenggaraan Masjid Wilayah.

> Menguruskan cucian jubah pelawat, jubah Imam dan Bilal, kain pelekat, sejadah,
  telekung, alas meja dan langsir serta cadar (Asrama dan bilik inapan).

> Mengurus dan menyelenggara aset, premis, inventori dan harta modal Masjid Wilayah.

> Menyelia dan mengawal bekalan peralatan pejabat.

> Mengurus cuti pegawai dan kakitangan Masjid Wilayah berdasarkan Perintah Am Bab C.

> Menyelaras penyertaan pegawai dan kakitangan untuk menjalani kursus / latihan / bengkel.

> Menyelaras permohonan pegawai dan kakitangan untuk menduduki peperiksaan
  perkhidmatan / jabatan.

> Memantau serta menyediakan laporan Kad Perakam Waktu pegawai dan kakitangan Masjid Wilayah.


 
Kewangan

> Merekod dan mengawal selia perbelanjaan di Masjid Wilayah.

> Menyemak Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Tuntutan Elaun Perjalanan pegawai dan kakitangan Masjid Wilayah.

> Menguruskan pembukaan dan pengiraan duit tabung Masjid Wilayah.

> Menyelaras laporan kewangan Masjid Wilayah  untuk dihantar ke JAKIM.

> Memohon peruntukan tambahan.

> Melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan di Masjid Wilayah.

> Memberi khidmat nasihat kepada unit-unit di Masjid Wilayah berkaitan perbelanjaan yang dikeluarkan.

> Membantu menyelia bayaran saguhati penceramah Masjid Wilayah.

> Mengurus terimaan / hasil kerajaan.



Teknologi Maklumat

> Membangunkan Laman Web Rasmi Masjid Wilayah serta menaiktaraf
  perisian-perisian terkini untuk kakitangan di Masjid Wilayah

> Membaikpulih dan menyelenggara peralatan ICT dan Multimedia

> Menganjurkan kursus-kursus ICT untuk kakitangan JAWI dan orang awam.

> Membantu menyediakan peralatan-peralatan ICT di Masjid Wilayah.

> Membantu membuat penghebahan berita serta aktiviti Masjid Wialyah
  kepada umum melalui Laman Web.


 
Kejuruteraan Sivil


> Melaksanakan kerja-kerja selenggara dan menaik taraf bangunan di Masjid Wilayah.

> Menyediakan kemudahan fasiliti dan keselesaan kepada Jemaah atau
  pengguna di Masjid Wilayah.

 

Visit fbetting.co.uk Betfair Review