PENGAJIAN SYARIAH
- Details
- Disiarkan: 08 Januari 2011
Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan Program Pengajian Separuh Masa SIJIL PENGAJIAN SYARIAH. Program ini dijalankan dengan kerjasama Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya dan Masjid Wilayah. Sehubungan dengan itu Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk menyertai pengajian tersebut. Maklumat pengajian adalah seperti berikut:
SIJIL PENGAJIAN SYARIAH (SPS)
Pengenalan dan Objektif
Kursus persijilan ini ditawarkan kepada seluruh masyarakat awam yang berminat untuk mendalami ilmu syariah sebagai bekalan perjalanan hidup. Kursus ini disusun dengan mengutamakan asas-asas kefahaman islam, konsep dan seterusnya kepada hukum-hakam yang berkaitan dengan kehidupan seharian.masjid
Kelayakan
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Atau yang setaraf dengannya.
Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan
Warganegara Malaysia
Masa dan Tempoh
Kuliah akan diadakan seperti berikut:
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Seminar Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Anjung C, Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur
*kursus bagi setiap modul dijalankan selama 32 jam (4 Bulan)
Yuran Pengajian
Yuran pengajian dikenakan sebanyak RM300/Modul (tertakluk kepada perubahan semasa)
*nota kursus disediakan
Modul Pengajian
MODUL 2
- Sistem ibadat Islam
- Siatem kekeluargaan Islam
- Siatem jenayah dalam Islam
- Sistem muamalat Islam
* SIJIL PENGAJIAN AKAN DIKELUARKAN OLEH UNIVERSITI MALAYA
* SURAT TAWARAN AKAN DIKELUARKAN OLEH UNIVERSITI MALAYA
* MAKAN DAN MINUM DISEDIAKAN
* Tuan/Puan/ Encik/Puan dijemput untuk menyertai kelas pengajian tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi
- ditalian 03-62018767.
- Mohd Nashriq Bin Mohd Sabaruddin samb. 139
Klik Disini Muat Turun Borang